Loading...

Profil Saya

 KHAIRUL ANWAR BIN SHAZALI

Saya dilahirkan pada 2 April 1984 di Kuching, Sarawak. Merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Berkahwin dengan Dr. Aisah Munirah Binti Wahi pada 2009 dan dianugerahkan dengan seorang putera cahaya mata sulung pada 2011.

Saya melalui pendidikan formal sekolah rendah di S.R.K. Jalan Dato' Palembang, Melaka dan S.R.B. St. Joseph, Kuching, Sarawak. Menyambung persekolahan saya untuk pendidikan formal sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuching, Sarawak. Kemudiannya melanjutkan pengajian saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Sivil (Kep.) pada 2008 dan Diploma Lanjutan Undang-Undang Syariah dan Amalan Guaman pada 2009.

Semasa di UIAM, saya memegang jawatan sebagai Presiden, Intellectual Youth Club (IYC), dan Exco Da'wah dan Tarbiyyah, Malaysian Unity Secretariat (MISI). Di peringkat negeri, saya pernah menjawat jawatan Yang Di-Pertua, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan Exco Pendidikan dan Kerohanian, Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS). Di peringkat kebangsaan, saya pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Lantikan Menteri, Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan Naib Presiden dan Setiausaha Agung, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Turut pernah mewakili mahasiswa Malaysia di peringkat antarabangsa ke Mesyuarat Agung Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) di Istanbul, Turki pada 2007 dan Ekspedisi Pendidikan dan Kemanusiaan ke Vietnam dan Kemboja pada 2009.

Kini, saya bertugas sebagai Penolong Pegawai (Operasi), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak. Di samping itu turut menjawat jawatan Pengerusi Penaja, Ikatan Graduan Pantai Damai (IGPD) dan Penolong Pesuruhjaya (Tugas-Tugas Khas) Pengakap Daerah Petra Jaya.
_______________________________________________________________________________

I was born on 2nd of April 1984 at Kuching, Sarawak. I'm the eldest of 5 siblings. Married to Dr. Aisah Munirah Binti Wahi in 2009 with one first born prince in 2011.

I've gone through my primary education at S.R.K. Jalan Dato' Palembang, Melaka and S.R.B. St. Joseph, Kuching, Sarawak. Continuing my secondary schooling at Kuching MARA Junior Science College. I pursue my studies at International Islamic University of Malaysia (IIUM) and being awarded with LL.B (Hons.) on 2008 and DSLP on 2009.

While in university, I hold positions as President of Intellectual Youth Club (IYC) and Da'wah and Tarbiyyah Exco of Malaysian Unity Secretariat (MISI). In the state level, I previously hold positions as Chairman of Sarawak Muslim Students' Welfare Association (PERKEPIS) and Education and Spiritual Exco of Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS). In the national level Minister's Appointee Member of National Youth Consultative Council (MPBN), I previously hold positions as Vice President and Secretary General of National Union of Malaysian Muslim Students' (PKPIM). I have represent Malaysian students in the international level at the Annual General Meetiong of the Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) at Istanbul, Turkey in 2007 and Educational and Humanitarian Visit to Vietnam and Cambodia in 2009.

Now, I'm serving as  Assistant Manager (Operation) of the Sarawak Zone, Islamic Da'wah Foundation Malaysia (YADIM). Also hold positions as Protem Chairman of Ikatan Graduan Pantai Damai (IGPD) and Assistant District Commissioner (Special Task) Petra Jaya Scouts.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...