Pulau Batu Putih Bukan Milik Kita


International Court of Justice (ICJ) telah memutuskan dengan keputusan majoriti 15 berbalas 4, bahawa Pulau Batu Putih atau "pedra branga" bukan milik Malaysia. Keputusan yang ditayangkan secara langsung di layar televisyen telah ditontoni oleh rakyat Malaysia menyaksikan kekalahan Malaysia di dalam tuntutannya terhadap pulau tersebut. Sebelum ini, media dan kerajaan telah mewar-warkan dengan hebatnya bahawa keputusan ICJ pasti menyebelahi kita, tetapi akhirnya hari ini ternyata sebaliknya. Propaganda hebat yang dilancarkan oleh kerajaan melalui medianya saya lihat sebagai usaha untuk menenteramkan rakyat Malaysia di samping menanam semangat patriotisme di dalam rakyat. Namun, boleh juga saya lihat sebagai usaha untuk menyembunyikan apa sebenarnya yang berlaku ketika prosiding dan perbicaraan tentang tuntutan daripada kedua-dua negara. Namun, keputusan ICJ juga menyaksikan "middle rock" diputuskan sebagai milik Malaysia.

Jadi, apakah persediaan Malaysia di dalam mengahadpi keputusan ini? Keputusan ini bakan shaja bersangkutan dengan kedulatan ke atas Pulau Batu Putih semata, tetapi juga akan turut bersangkutan dengan isu keselamatan negara, ekonomi, politik dan kedaulatan perairan. Terus terang, saya kecewa dengan keputusan yang dibacakan ICJ. Sebagai seorang warganegara Malaysia apatah lagi dibekali dengan ilmu undang-undang, saya kira keputusan ini punya impak yang besar kepada hubungan dua hala Malaysia-Singapura selepas ini. Banyak lagi isu-isu susulan akan timbul dari semasa ke semasa. Jika tidak ditangani dengan cerdik dan cilik, krisis hubungan dua hala mungkin akan timbul. Tambahan dengan hubungan dua hala kini yang hanyak tampak baik di luar.


Comments