JANGAN GADAI MASA DEPAN PELAJAR
Cadangan Presiden NUTP, Ismail Nihat supaya syarat pengambilan gurulelaki dilonggarkan, wajar ditolak oleh Kementerian Pelajaran.Cadangan ini dilihat sebagai tidak berasas kerana disandarkan kepadaalasan yang rapuh. Ia seolah-olah ingin menyelesaikan satu masalahtetapi akan menimbulkan masalah yang lebih besar lagi.Alasan bahawa kelayakan akademik yang minimum atau kurang di kalangangolongan lelaki yang berminat menjadi guru sehingga menyebabkanmereka kalah di dalam persaingan dengan golongan wanita adalah satualasan yang tidak dapat diterima sama sekali. Tentunya masyarakatdapat menilai, jika benar mereka berminat menceburi bidang perguruan,tentunya mereka akan dapat memenuhi pra-syarat pengambilan guru yangtelah ditetapkan. Alasan kelayakan akademik yang tidak mencukupisepatutnya tidak timbul, jika mereka benar-benar berminat.Jangan pula semata-mata untuk menyeimbangkan jumlah guru lelakidengan jumlah guru wanita, maruah dan martabat bidang perguruanterpaksa direndahkan. Di mana hendak diletakkan maruah dan martabatbidang perguruan jika kita terpaksa merendahkan maruah dan martabatbidang perguruan untuk memenuhi kehendak segolongan pihak?Ketidakseimbangan jumlah guru lelaki dengan jumlah guru wanita tidaksepatutnya menimbulkan persoalan kemampuan guru wanita. Jika merekalayak untuk menjadi guru dengan pra-syarat yang telah ditetapkan,tentunya mereka itu benar-benar layak untuk bergelar seorang guru.Bagaimana pula halnya dengan golongan lelaki yang menyatakan berminatuntuk menjadi guru tetapi tidak dapat memenuhi pra-syarat yangditetapkan? Jumlah guru wanita yang hampir menyamai dua kali gandajumlah guru lelaki di seluruh Negara pula bukanlah satu ancamankepada pendidikan Negara kerana sehingga sekarang, institusiperguruan sedia ada telah membuktikan kemampuannya untuk membawa aruspendidikan Negara sekalipun terdapat masalah dari aspek yangberkaitan dengan moraliti dan disipilin pelajar yang tentunya akandapat diatasi dengan pembaikan yang sedang giat dilaksanakan olehKementerian Pelajaran yang perlu disertai oleh badan-badan NGO yangbertindak mewakili pelajar.Seorang guru diibaratakan sebagai lilin yang membakar dirinya untukmenerangi orang lain. Dalam pada itu, para pelajar dan masyarakatmelihat profesion perguruan adalah sebagai satu kerja yang mulia.Para pelajar sendiri amat menghormati dan memuliakan guru-guru merakaatas pada penglihatan mereka, guru adalah seorang yang berilmu danberakhlak tinggi.Tetapi, jika kita melonggarkan syarat kelayakan akademik untuk guru-guru lelaki, bagaimana pula dengan mutu dan kualitinya nanti?Masyarakat akan memandang rendah kemampuan dan kredebiliti profesionperguruan dan para ibu dan bapa akan hilang kepercayaan kepada guru-guru yang mereka harapkan untuk mendidik anak-anak mereka. Di manalagi hendak meraka letakkan amanah dan kepercayaan untuk mendidikanak-anak mereka? Apabila masyarakat sudang hilang kepercayaan kepadaprofesion perguruan, ini akan menimbulkan satu ancaman kepada sistempendidikan Negara. Tentunya golongan yang akan merasai kesannya ialahpara pelajar. Dengan ini kita sedang mempertaruhkan masa depan parapelajar. Para pelajar yang menjadi harapan Negara di masa hadapanakan tergadai jika kita bertindak sewenang-wenangnya, semata-matauntuk menyelesaikan masalah yang lebih kecil.Dalam jangka masa pendek, cadangan NUTP mungkin dapat menyeimbangkanjumlah guru lelaki dengan jumlah guru wanita. Tetapi, persoalan yanglebih besar akan timbul. Bagaimana mutu dan kualiti perguruan nanti?Bagaimana pula kesannya terhadap pendidikan Negara? Kita tidak bolehmengharapkan kursus-kursus atau seminar-seminar yang hanyamenerangkan dari segi teori untuk membentuk dan melahirkan guru-guruyang berkebolehan kerana tidak semua guru diberi kesempatan untukmengikutinya dan bukan semua guru bersikap serius dan positif dalammengambil bahagian di dalam program-program tersebut. Oleh keranaitulah, maka pra-syarat pengambilan guru perlulah dilaksanakan dengantegas supaya hanya orang yang benar-benar layak dan berminat sahajadiberikian amanah Negara untuk memikul jawatan sebagai guru. Keranajawatan guru adalah satu amanah masyarakat, Negara dan agama.Pada hemat saya, kajian terperinci yang disokong oleh fakta-faktayang benar-benar kukuh perlulah dilakukan sebelum mengemukakansebarang cadangan yang melibatkan proses perlaksanaan dan hala tujupendidikan Negara. Lebih-lebih lagi, pendidikan adalah elementerpenting dalam pembentukan sebuah bangsa yang mulia dan merdeka.Para pelajar sebagai aset penting masa depan negera harus dipeliharakebajikannya kerana dengan tergadainya masa depan pelajar makatergadai jugalah masa depan Negara.
Comments