Pengorbanan Dalam Berdakwah
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. Tuhan Alam Raya. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. junjungan mulia, nur rahmatan lil a’lamin. Salam perjuangan buat pendokong-pendokong gerakan tercinta ini.
Pengorbanan merupakan satu elemen yang amat penting dalam kita melayari bahtera dakwah kita ini. Pengorbanan merupakan salah satu definisi jihad yang diterapkan di dalam salah satu budaya 7 PKPIM yang perlu dihadam dan diimplemen oleh setiap ahlinya. Namun apa yang berlaku pada cabang gerakan PKPIM di bumi matrik ini, salah faham terhadap pengertian hakiki pengorbanan menjadikan kita jahil dalam berkorbanataupun sememangnya tidak mahu berkorban dalam misi perjuangan kita ini. Ini semua berlaku kerana erti pengorbanan tidak disandarkan kepada fiqh al-awlawiyyat (fiqh keutamaan).
Seharusnya pokok pangkal pengorbanan bersandarkan kepada fiqh keutamaan. Setiap seorang dari ahli PKPIM di bumi matrik ini juga belajar, tidur, makan, kewangan yang terhad dan punyai kehidupan peribadi masing-masing yang tentunya tidak lari dari tabi’i seorang pelajar. Yang peliknya masih wujud golongan yang menjadikan alasan-alasan ini untuk lari daripada berkorban di dalam gerakan kita ini. Ada juga di antara kita yang sanggup menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit demi kepentingan peribadi. Golongan inilah yang dibahasakan sebagai golongan materialistik. Mereka cukup sukar untuk berkorban demi Islam walaupun mengakui dirinya adalah seorang Islam Cukup pelik apabila difikirkan. Tetapi inilah hakikatnya. Kerana di dalam hati kita ini masih lagi ditanam dengan sifat keduniaan lantas mengenepikan keperluan akhirat. Kita perlu mengelakkan diri dari menjadi golongan yang sanggup memperlekeh dan menggunakan agama demi kepentingan peribadi. Seharusnya kita perlu sentiasa bermuhasabah dan yakin pada janji Tuhan kepada pendokong-pendokong agama-Nya.
Yang membezakan setiap dari kita di sisi Allah hanyalah taqwa. Maka kita tidak punya hak untuk membezakan diri kita dengan yang lain samada dari aspek pangkat dan jawatan di dalam gerakan ini, tahap keilmuan dan kepimpinan ataupun dari aspek usia mahpun pengalaman. Setiap seorang dari ahli gerakan kita ini, punyai hak untuk bersuara samada untuk mengutarakan idea-idea, menegur dan bergerak yang juga perlu bersandarkan kepada adab dan keutamaan di dalam gerakan. Jadi, setiap seorang dari ahli gerakan ini perlu mengorbankan ego diri dalam usaha untuk memecahkan benteng-benteng perbezaan di antara kita. Setiap ahli gerakan kita ini juga perlulah menyerlahkan segala kemampuan yang ada bekerjasama dan berganding bahu dalam merangka strategi perjuangan kita. Janganlah hanya bersikap memendam diri ataupun duduk, tunggu dan lihat.
Sebagai ahli gerakan PKPIM, kita perlu faham. Inilah gerakan kita dan inilah pengkalan kita. Maka ini menjadikan selain dari PKPIM yang kita anggotai hanyalah lapangan iatu tempat kita bergerak dalam melancarkan misi dakwah kita. Kita cukup sedih apabila ahli-ahli kita yang memegang jawatan-jawatan tertentu di bumi matrik ini kurang bijak dalam memanfaatkan kelebihan yang ada. Lagi menyedihkan apabila ada juga di antara ahli kita yang menjadi duri dalam daging, mengkhianati gerakan kita ini. Kita sedar dan faham bahawa wujudnya jemaah-jemaah lain yang turut sama memperjuangkan kedaulatan Islam di muka bumi Allah ini dan kita tidak pernah menidakkan hak mereka jauh sekali untuk menafikan kewujudan mereka selagi tidak keluar dari landasan Islam yang sebenar. Tetapi, sekarang kita perhatikan, kita sebenarnya di dalam jemaah yang mana? Adanya kita dalam PKPIM ini maka mewajibkan setiap ahlinya untuk taat setia kepada PKPIM kerana inilah keutamaan kita.
Akhirnya, misi dan visi kewujudan kita di muka bumi Allah ini perlu diteruskan sehinggalah ke penghujung usia dunia. Peranan kekhalifan dan kehambaan kita perlulah dimainkan dengan sewajarnya dalam mencapai keredhaan Allah. Betulkanlah niat kita di dalam memperjuangkan Islam melalui gerakan PKPIM yang tercinta ini. Sedarlah, walaupun PKPIM mati, tetapi perjuangan Islam ini pasti berterusan dulu, kini dan selamanya. Apa yang benar adalah dari Allah dan segala kekurangan adalah kerana kelemahan diri yang hina ini. Kerana hakikatnya semua adalah dari Allah.
Iman tetapkan di dada,
Islam pastikan dipuja,
Hidup Biar Berjasa,
Mati Biar diRedha.

Comments