UPSR dan PMR di Bawah Kuasa Sekolah Tidak Sesuai
Cadangan NUTP supaya peperiksaan UPSR dan PMR diletakkan di bawah bidang kuasa sekolah-sekolah adalah kurang sesuai. Dengan meletakkan peperiksaan UPSR dan PMR di bawah bidang kuasa sekolah, NUTP menggambarkan pihak sekolah akan bertindak sebagai perangka dan penyemak soalan-soalan peperiksaan tersebut. Manakala Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hanya akan bertindak sebagai badan pemantau.
Kegusaran NUTP terhadap pembelajaran berorientasikan peperiksaan memang ada benarnya, tetapi langkah yang dicadangkan oleh NUTP tidak sesuai dalam menyelesaikan masalah ini. Banyak lagi langkah alternatif yang boleh diambil untuk mengelakkan para pelajar belajar semata-mata kerana peperiksaan.
Kalau diselidiki dengan kritikal, implikasi daripada perlaksanaan cadangan NUTP tersebut akan menyebabkan perbezaan mutu dan kualiti di kalangan para pelajar daripada sekolah berlainan. Ini kerana soalan-soalan yang dirangka oleh sesebuah sekolah tentunya berlainan dengan sekolah yang lain. Corak semakan dan penilaian kertas-kertas peperiksaan juga akan berbeza dan menghasilkan penilaian yang tidak jitu atau tidak tepat kerana bergantung kepada tahap dan mutu para pelajar di sekolah-sekolah yang berlainan. Hasil daripada penilaian tersebut tentunya tidak boleh diambil kira untuk menilai tahapan para pelajar secara keseluruhannya.
Tidak boleh dinafikan bahawa pastinya akan timbul masalah perbezaan mutu dan kualiti para pelajar daripada sekolah berlainan jikia cadangan ini dilaksanakan. Yang dikhuatiri ialah, soalan-solan yang dirangka akan cuba disesuaikan dengan mutu dan kualiti para pelajar sesebuah sekolah. Samada kerana ingin menjaga dan meningkatkan nama baik sesebuah sekolah atau membantu para pelajar untuk senang lulus dalam peperiksaan UPSR dan PMR. Dengan melaksanakan cadangan ini, seolah-olah kita cuba untuk melonggarkan dan merendahkan tahap kelulusan untuk peperiksaan-peperiksaan terbabit. Natijahnya, UPSR dan PMR sudah tidak bernilai lagi dan sama seperti peperiksaan-peperiksaan biasa. Maka wujud pula suasana perlumbaan di kalangan sekolah-sekolah untuk mendapat 100% lulus di dalam peperiksaan UPSR dan PMR dengan menyesuaikan soalan-soalan yang dirangka dengan suasana para pelajar dan merendahkan atau melonggarkan corak semakan dan penilaian di sekolah-sekolah mereka. Ini akan merosakkan lagi mutu pendidikan Negara.
Walaupun jika ada cadangan yang menyokong cadangan NUTP selepas ini supaya kertas-kertas peperiksaan yang dirangka oleh sekolah-sekolah hendaklah mendapat kelulusan LPM untuk disama-tarafkan, bukankah ini akan membebankan lagi kerja-kerja yang ditanggung oleh LPM. Jadi, adalah lebih jika konsep perlaksanaan peperiksaan UPSR dan PMR dikekalkan seperti sedia ada sehingga wujud satu cadangan yang benar-benar konkrit yang menuntut untuk perubahan dalam perlaksanaannya.
Jika benar hendak menyelesaikan masalah corak pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan, langkah-langkah lain perlulah dikaji dan dibincangkan secara panjang lebar sebelum dikemukan kepada pihak berwajib untuk dipertimbangkan. Pada saya, psikologi para pelajar perlulah difahami kerana ini merupakan elemen terpenting untuk memahami apa yang dirasai oleh para pelajar. Psikologi para pelajar tentunya akan berbeza-beza mengikut umur, suasana dan pendedahan yang diberikan. Oleh itu, penyelesaian terbaiki perlu dicari yang dapat disesuaikan dengan para pelajar di seluruh Malaysia.
Contohnya pada masa sekarang, saya berpendapat para pelajar terlalu diberi tekanan berkenaan tentang peperiksaan. Apabila terlalu tertekan, jiwa pelajar akan memberontak. Ini menyebabkan mereka mengambil mudah dan hilang keyakinan diri di dalam pembelajaran atau menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan mengabaikan pendidikan ko-kurikulum. Pelajar yang mengambil mudah kerana hilang keyakinan diri di dalam pembelajaran dapat dilihat dalam majoriti para pelajar pada hari ini. Maka timbullah masalah belajar kerana peperiksaan yang mana selalu disesuaikan dengan istilah ‘last minute study’ semata-mata untuk lulus peperiksaan. Manakala pelajar yang menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran pula akan menghasilkan individu yang tidak seimbang kerana hanya berat kepada akademik tetapi tidak ada pendedahan atau latihan ko-kurikulum. Mungkin, antara penyelesaiannya ialah menjadikan suasana pembelajaran lebih santai dan ceria. Di mana para guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara dan jangan terlalu menekankan aspek peperiksaan. Peperiksaan tetap peperiksaan, tetapi para guru perlu prihatin kepada emosi dan semangat para pelajarnya. Jika para guru asyik menekankan aspek peperiksaan contohnya dengan menakut-nakutkan para pelajar dengan peperiksaan, ini akan menyebabkan para pelajar tertekan dan menjadi seperti dua golongan pelajar yang diterangkan tadi.
Dengan tidak memberi tekana yang melampau kepada para pelajar, mereka akan belajar dalam suasana yang selesa dan semangat mereka untuk belajar akan meningkat kerana pertambahan minat meraka terhadap apa yang diajarkan.
Banyak lagi cadangan alternatif yang boleh difikirkan bersama untuk meningkatkan mutu pendidikan Negara. Pertubuhan-pertubuhan NGO boleh memainkan peranan penting dalam mengadakan kajian dan membangunkan pendidikan alternativf kepada para pelajar supaya wujud suasana pembudayaan ilmu di dalam masyarakat di Malaysia.
Saya menyeru kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pendidikan Negara agar lebih berhati-hati dan terperinci dalam mencadangkan dan melaksanakan dasar-dasar pendidikan Negara. Kerana pendidikan adalah satu aspek yang menentukan jatuh bangunnya generasi muda yang mewarisi Negara di masa hadapan. Selaku badan pelajar, adalah menjadi hak untuk memperjuangkan pendidikan yang diterima oleh pelajar di samping turut sama menyumbang dalam mendidik generasi-generasi mendatang.

Comments