KPPIS dan MPAT ke4 PERKEPIS

Assalammualaikum w.b.t.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) akan menganjurkan;

Program :
1. Konvensyen Pendidikan Pelajar Islam Sarawak(Sabtu, 30 Oktober 2004)
2. Majlis Perhimpunan Agung TahunanPERKEPIS ke-4 (Ahad, 31 Oktober 2004)

Tema : Ke Arah Pembentukan Generasi Qurani

Tempat : Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuching,Sarawak

Masa :
(Sabtu) 8.30 pagi - 9.30 malam
(Ahad) 8.30 pagi - 2.30 petang

Yuran :
(Konvensyen)-Percuma
(Majlis Perhimpunan Agung Tahunan)-RM 5 untuk perwakilan dan RM 2 untuk pemerhati

Oleh dengan itu, PERKEPIS dengan besar hati menjemput saudara dan saudari, pelajar-pelajar samada di peringkat menengah mahupun pengajian tinggi dan individu-individu yang sudah bekerja untuk menyertai program tersebut.

Program konvensyen akan dirasmikan oleh YB Dr. Abd. Rahman Junaidi (ADUN Santubong) dan akan diisi dengan;
1. Ucaptama Konvensyen oleh Sdr. Abd.Muntaqim Zulkifli (Yang DiPertua PERKEPIS),
2. Pembentangan Kertas Kerja oleh Dr. ShabdinLong (Dekan Fakulti Sains, UNIMAS)
3. Forum Perdana oleh (panelis) Ust. Suharman Hj. Edward (JAIS), Tuan Hj. Awang Hambali (Pengetua SMK Santubong) dan wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
4. Bengkel Perancangan dan Pelan Tindakan

Konvensyen juga akan diserikan dengan Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai (Makanan disediakan percuma) dan seterusnya disusuli dengan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih secara berjemaah dengan kerjasama daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak.

Manakala Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PERKEPIS ke-4 pula akan diisi dengan pembentangan laporan gerak-kerja setahun sesi 03/04. Majlis juga akan disrikan dengan sesi soal-jawab dan sesi terbuka kepada para peserta (perwakilan) untuk berhujah. Majlis akan diakhiri dengan pemilihan barisan kepimpinan baru PERKEPIS untuk sesi 04/05 yang dipilih oleh Majlis Syura PERKEPIS.

Dengan itu, PERKEPIS cukup berbesar hati untuk menerima penyertaan Saudara dan Saudari. Semoga dengan kehadiran penyertaan daripada Saudara dan Saudari akan memeriahkan lagi majlis.Bersamalah kita menyumbang dan berjasa demi Kecemerlangan Pendidikan dan Kebajikan Pelajar Negeri Sarawak.

"Berjasa Kepada Masyarakat"

Comments