NUTP marah Mahadzir kata Guru Tak Pandai Mengajar...
kalau nak diikutkan, memang bertempat jugaklah NUTP berang sebab Mahadzit tuduh guru tak pandai mengajar yang menyebabkan hampir 50 % pelajar di sebuah sekolah di Semenanjung Tanah Air ponteng kelas. bukan sahaja NUTP, malah beberapa buah Kesatuan Guru lagi turut melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Mahadzir. Hisyamuddin pulak menyokong kenyataan tiMBA">mbalannya cuma menaMBA">mbah bahawa itu bukan satu-satunya sebab pelajar ponteng kelas.
dalam banyak-banyak pandangan yang dikemukakan (rujuk Utusan Malaysia 17/10), masing-masing bertindak atas kepentingan sendiri. Mahadzir salahkan guru sebab tak nak kesalahan dibebankan ke atas kementerian pelajaran. NUTP dan beberapa lagi Kesatuan Guru marah dikata begitu dan tak nak mengaku sebab nanti jatuh air muka menelan hidup-hidup tuduhan Mahadzir. Hisyamuddin pulak duduk atas pagar, "play safe". takut nanti terlepas kata, dia jugak yang malu.
rasa-rasanya, tuduhan Mahadzir mungkin ada betulnya. kalau nak dikira, berapa kerat sangatlah guru sekarang yang mengajar kerana betul-betul ingin mendidik anak bangsa. kebanyakan yang menjadi guru sekarang khususnya golongan muda adalah golongan siswazah menganggur yang tak tahu ke bidang mana lagi nak dituju. itulah antara sebab kualiti pengajaran dalam kelas menjadikan para pelajar ibarat orang ngantuk disorong bantal. walaupun hasil lepasan KPLI, tapi apa sangatlah KPLI tu bagi pelatih-pelatihnya. macam menempuhi ujian biasa. ini sebab mereka tidak ada semangat untuk mendidik yang sebenar.
betul jugak lah kata-kata NUTP dan beberapa Kesatuan Guru yang lain. memang wajar mereka marah, sebab bukan semua guru seperti yang disebutkan oleh Mahadzir. mereka inilah golonngan guru yang betul-betul berjuang untuk pendidikan anak bangsa. walaupun NUTP selalu buat cadangan tak masuk akal.
Hisyamuddin perlu peka, dari sejak dia duduk kementerian pelajaran, banyak sudah tindakan-tindakan yang dia lakukan. tetapi musykil jugak sejauh mana tindakannya itu dirancang dengan teliti dan mendasar. kadang-kadang golongan dewasa ni, mereka fikir mereka dah buat apa yang terbaik untuk golongan muda belia tanpa dengan apa kata pandangan golongan muda belia. tak baik lah macam tu, kita kalau nak rancang kebaikan orang lain perlu jugak tanya dekat orang tu, yang kita buat ni baik ke tak untuk dia. boleh jadi jugak yang kita rasa baik, mereka rasa buruk dan beban. walaupun tak boleh nak manjakan sangat golongan muda belia ni sebab mereka ni baru nak mengenal dunia, tak salah kalau kita dengar pandangan mereka.
jadi, sama-sama lah kita berjuang demi pendidikan anak bangsa yang menuju kesempurnaan. asal jangan lari dari tujuan mardhatillah, sudah cukup baik. pesanan untuk golongan yang nak jadi guru, cermin-cerminkan lah muka sendiri dulu. kita ni nak jadi guru sebab apa? tak kerja lain lagi ke atau memang nak mendidik anak bangsa?

Comments