Keputusan Lembaga Pengarah PTPTN Tidak Masuk Akal !!!

Keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah PTPTN untuk melaksanakan sistem bayaran balik pinjaman, 2 bulan selepas pinjaman dikeluarkan(Utusan Malaysia, 8/11/04) tidak dapat diterima akal. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditubuhkan untuk membantu membiyai kos pengajian tinggi rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah. namun, dengan keputusan yang di luar jangkaan Ahli Lembaga Pengarah PTPTN nampaknya mengenepikan soal tersebut atas alasan bahawa PTPTN kini sedang berhadapan dengan masalah bayaran balik wang pinjaman yang dipinjam. Hanya 19 % sahaja daripada kira-kira 600,00 peminjam yang membayar balik pinjaman.

Bayangkan seorang peminjam iaitu para pelajar yang menyambung pengajian di peringkat tinggi terpaksa berhadapan dengan bayaran balik wang yang dipinjam 2 bulan selepas mendapat pinjaman. walapun pihak PTPTN mengungkapkan bahawa beban bayaran akan terlepatak kepada ibu bapa, tetapi bukankah ini sebenarnya yang menjadikan ia sebagai masalah. Rakyat bergantung harap kepada PTPTN untuk membiayai kos pengajian anak-anak mereka di peringkat tinggi supaya mereka boleh menumpukan perhatian untuk menggunakan wang simpanan mereka untuk membangungkan sosio-ekonomi keluarga. Jika keputusan PTPTN dilaksanakan ini bukan sahaja menghilangkan kepercayaan rakyat kepada PTPTN malah akan menyusahkan lagi. bahkan juga ia akan menutp peluang ramai para pelajar yang berkebolehan untuk menyambung pengajian mereka hanya disebabkan masalah kewangan.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir para peminjam datang dari golongan berpendapatan tinggi. tetapi soalannya, siapa yang memilih mereka untuk menerima pinjaman jika bukan pihak PTPTN sendiri? Kesalahan tentu sahaja berbalik kepada pihak PTPTN yang tidak telus dalam memilih golongan yang benar-benar layak untuk menerima pinjaman.

Ini bukanlah masalah kebergantungan rakyat kepada 'tongkat'. Kita perlu bersikap realisitik. Rakyat pada masa ini masih lagi amat memerlukan PTPTN untuk membantu mereka meneruskan pengajian mereka ke peringkat tinggi. Jika PTPTN sendiri melalui keputusan tersebut yang seolah mahu tidak mahu sahaja untuk membantu rakyat, bagaimana rakyat mampu untuk berdiri?

Walau bagaimanapun, kenyataan balas Pak Lah yang mahukan sistem lama diteruskan seperti biasa amatlah dihargai (Utusan Malaysia, 9/11/04). Kebajikan rakyat masih lagi terjamin dengan adanya pemimpin yang berjiwa rakyat. Malahan kesemua kenyataan balas yang dikeluarkan oleh kerajaan, NGOs dan orang persendirian menolak keputusan tidak masuk akal PTPTN itu.

Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk memastikan para peminjam membayar balik wang yang dipinjam. tapi bukan dengan cara ini.

Comments