Mahkamah Rayuan batalkan keputusan Mahkamah Tinggi: kes Meor Atiqulrahman v Fatimah Sihi
Serban: Keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan
PUTRAJAYA 22 Nov. - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan pengisytiharan Mahkamah Tinggi Seremban membatalkan keputusan guru besar Sekolah Kebangsaan Felda Serting, Negeri Sembilan yang membuang tiga pelajar kerana memakai serban ke sekolah, tujuh tahun lalu.
Hakim Datuk Gopal Sri Ram yang mengetuai sidang membuat keputusan itu ketika membenarkan rayuan guru besar, Fatimah Sihi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.
Beliau mencapai keputusan sebulat suara bersama Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Mohamed dan Hakim Datuk Wira Ghazali Mohd. Yusoff.
Mahkamah Rayuan itu turut membatalkan saman sivil yang dikemukakan oleh tiga pela-jar tersebut, Meor Atiqulrahman Ishak (kini berusia 18 tahun), Syed Abdullah Khaliq Aslamy Syed Ahmad Johari, 16 dan adiknya, Syed Ahmad Syakur Dihya, 15, yang difailkan melalui penjaga dan bapa mereka, Syed Ahmad Johari Syed Mohd.
Ketika membuat keputusan, Hakim Sri Ram berkata, tindakan guru besar tersebut adalah betul kerana ia berkaitan dengan hal ehwal disiplin pelajar-pelajarnya dan adalah bidang kuasa seorang guru besar atau pengetua untuk menguruskan pentadbiran sekolah mengikut peraturan sedia ada.
Katanya, tindakan itu juga tidak berkaitan dengan undang-undang perlembagaan atau amalan agama sebaliknya lebih kepada hal ehwal pentadbiran sekolah; malah hakim bicara telah melampaui kuasanya ketika membenarkan permohonan oleh responden di Mahkamah Tinggi.
``Ini adalah perkara mudah mengenai penafsiran peraturan sekolah. Hal berkaitan disiplin perlu dikendalikan oleh pihak sekolah. Kalau semuanya mahu diputuskan oleh mahkamah, lebih baik sahaja kami (bertugas) di sekolah-sekolah,'' katanya.
Pada 6 Ogos 1999, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Mohd. Noor Abdullah membatalkan keputusan Fatimah ketika memegang jawatan guru besar Sekolah Kebangsaan Felda Serting yang membuang tiga pelajar tersebut kerana memakai serban ke sekolah.
Hakim Datuk Mohd. Noor Abdullah memutuskan demikian setelah mendapati guru besar sekolah tersebut, Fatimah Sihi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan pembuangan sekolah ke atas ketiga-tiga pelajar berkenaan pada 10 November 1997.
Dalam saman sivil itu, ketiga-tiga pelajar itu, Meor Atiqulrahman, Syed Abdullah Khaliq Aslamy dan Syed Ahmad Syakur Dihya selaku pihak plaintif memohon pengisytiharan mahkamah bahawa perintah pembuangan sekolah oleh guru besar sekolah tersebut ke atas pihak plaintif adalah tidak sah dan terbatal.
Mereka juga memohon perintah mahkamah supaya pihak plaintif diterima semula sebagai pelajar-pelajar sekolah tersebut, selain menuntut ganti rugi am, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Peguam responden, Mohamed Hanipa Maidin berhujah bahawa hakim bicara adalah betul dalam penghakimannya yang menyatakan perintah pembuangan sekolah ke atas semua responden adalah tidak sah, terbatal dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Artikel 3 dan Artikel 11(1).
Beliau juga berhujah bahawa hakim bicara adalah betul apabila memutuskan bahawa peraturan sekolah yang dibuat oleh perayu pertama iaitu melarang pemakaian serban adalah tidak sah, terbatal dan tidak berkesan.
Mohamed Hanipa dibantu oleh peguam Abdullah Abdul Karim manakala pihak perayu-perayu diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Abd. Rahim Uda.

(Sumber: Utusan Malaysia, 23/11/04)
Comments