Batal Sambutan Tahun Baru : Langkah Bijak dan Tepat

Alhamdulillah... langkah kerajaan untuk membatalkan semua Sambutan Tahun Baru yang menjelang adalah amat bijak dan tepat (Utusan Malaysia, 30/12/04). Cadangan dan seruan daripada NGO-NGO malah mungkin daripada pihak kerajaan sendiri akhirnya di sahut.

Langkah untuk membatalkan semua Sambutan Tahun Baru adalah perlu bukan sahaja untuk
memperingati dan menginsafi bencana besar Tsunami yang berlaku baru-baru ini malah ianya langkah cepat yang berkesan untuk memastikan wang tidak dhabiskan untuk program-program Sambutan Tahun Baru yang tidak menyumbang kepada apa-apa perkembangan ahklak dan sahsiah rakyat Malaysia. Wang tersebut adalah lebih diperlukan untuk kebajikan mangsa-mangsa bencana Tsunami dan kerugian kerajaan sendiri.

Dengan menggantikan program Sambutan Tahun Baru dengan Majlis Doa Selamat adalah satu langkah yang dapat menunjukkan akhlak dan sifat terpuji yang perlu ada pada setiap yang bergelar Insan dalam kita menjaga hati saudara-saudara kita yang menjadi mangsa bencana. Majlis Doa Selamat adalah untuk kita memperingati dan menginsafi segala apa bala bencana yang telah Allah turunkan sebagai petunjuk untuk sekalian
umat manusia. Berdoalah kepada Allah agar kita dielakkan daripada musibah bala bencana dan mudahan Allah membantu kita dalam menghadapi kesan-kesan daripada bencana Tsunami yang lepas.

Seluruh rakyat Malaysia perlu meneladani bencana Tsunami yang melanda. Kita tidak boleh hanya bersikap senang-lenang dan berada di dalam suasana yang leka dan lalai dalam mengahadapi dunia yang semakin berada di hujungnya. Daripada menyambut Tahun Baru dengan terpekik terlolong memaparkan budaya negatif yang tidak patut ada pada seorang Insan yang bermoral, adalah lebih baik untuk kita menyambutnya dengan iringan doa dan sesi memperingati dan menginsafi bala bencana Tsunamiyang melanda. Kita mungkin bukan mangsanya pada hari ini, tetapi esok lusa mungkin kita yang terkena.

Bersamalah kita menghulurkan bantuan segala apa yang termampu untuk memastikan kebajikan saudara-saudara kita yang menjadi mangsa Tsunami dijaga. Uslah lagi kita leka dan lalai dengan perkara-perkara yang tidak membawa apa-apa faedah kepada agama dan negara. Tahun Baru tidak akan membawa apa-apa erti jika kita hanya menulangi setiap kesalahan dan kesilapan kita setiap tahun.

Sedarlah wahai saudara-saudara ku...

Comments