Thaksin Si Mulut Celupar !!!

Penulis amat terkejut apabila membaca berita bahawa Malaysia dituduh sebagai saranag kegiatan dan latihan pengganas untuk Selatan Thailand oleh PM Thailand sendiri, Thaksin Sinawatra (Utusan Malaysia, 18/12/04). Menurut beliau, sarang latihan pengganas tersebut terletak di dalam hutan di Kelantan yang bersempadan dengan Thailand.

PM Malaysia, Abdullah Badawi turut menyatakan perasaan dukacita(Mingguan Malaysia, 19/12/04) beliau terhadap tuduhan melulu Thaksin terhadap Malaysia yang dikatanya sebagai tidak mengikuti saluran diplomasi yang betul. Sememangnya benar, Thasin bersikap melulu mengeluarkan kenyataan yang dilihat seperti orang yang meracau. orang yang bercakap tanpa sedar akan apa kesan-kesan yang akan dihadapinya nanti. MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat juga turut menafikan kenyataan Thaksin (Utusan Malaysia 20/12/04).

Keceluparan Thaksin kali ini dilihat semakin menjadi-jadi selepas beberapa kenyataan melulunya dahulu. Amat tidak adil untuk menuduh tanpa bukti. Thaksin sendiri apabila ditanya tidak dapat memberikan jawapan di mana letaknya sarang pengganas yang dikatakannya.

Kenyataan celupar Thaksin kali ini memang betul-betul melampau. Malaysia tentu sahaja akan jadi mangsa. baik dari segi ekonomi melalui pelaburan-pelaburan asing yang akan terkesan dengan kenyataan Thaksin. Malah, persepsi positif dunia juga mungkin akan menurun sedikit berikutan peristiwa ini. Seluruh Malaysia merasakan bahawa mult Thaksin perlu ditutup daripada mengeluarkan kenyataan tanpa bukti lagi bukan sahaja terhadap Malaysia malah terhadap negara-negara jiranya.

Kenyataan Thaksin sememangnya dilihat seolah-olah sengaja hendak merosakkan hubungan diplomasi dengan negara-negara jiran. Thaksin juga seolah-olah ingin mengalih perhatian dunia daripada layanan buruknya terhadap Umat Islam di Selatan Thailand. Thaksin juga ingin menutup tindakan balas atau lebih senang disebut sebagai keganasan yang dilakukan terhadap Umat Islam di Selatan Thailand. Dunia masih belum lupa bagaimana bodohnya Thaksin mendepani masalah di Selatan Thailand.

Sampai bila harus Umat Islam di Selatan Thailand menderita dengan layanan buruk kerajaan Thailand terhadap mereka. Meraka tersisih daripada pembangunan negara. Mereka terabai dari segi kebajikan dan hak asasi manusia. Mereka seolah-olah menumpang di tanah tumpah darah mereka sendiri.

Dunia perlu ragu-ragu sejauh manakah keikhlasan Thaksin untuk membantu rakyat di Selatan Thailand. Berikutan daripada kenyataan celupar Thaksin, dunia perlu mempersoalkan kenapa Malaysia perlu dituduh tanpa bukti setelah Malaysia sendiri menawarkan bantuan untuk menyelesaikan krisis di Selatan Thailand dengan cara memenangi hati rakyat di sana. Adakah ini balasan yang Malaysia terima daripada bersikap sebagai seorang kawan yang setia?

Thaksin memang si celupar yang bongkak dan tidak ada hati dan perasaan terhadap rakyat sendiri apatah lagi kawan-kawannya yang setia...

Comments