2005 : Generasi Muda Perlu Diberi Perhatian
Tahun 2005, membuka tirai dengan suasana muram dan duka tatkala tahun 2004 dilabuh dengan bencana alam yang cukup dasyat. Gempa bumi yang berpusat di pesisir pantai utara Acheh, Indonesia telah menyebabkan terbentuknya Tsunami yang melanda 12 buah Negara di rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia dan meragut lebih 150, 000 jiwa. Kerugian dianggarkan bernilai berbilion ringgit dengan jutaan insan kehilangan sanak-saudara dan ibu-bapa, harta benda dan rumah kediaman. Bencana yang dikira antara yang terdasyat pernah berlaku dalam sejarah moden dunia ini telah mengorbankan seperempat daripada keseluruhan jumlah penduduk Acheh. Malah ia juga telah meyebabkan pergerakan beberapa buah pulau berdekatan daripada kedudukan asal sejauh beberapa puluh meter.
Namun begitu, permulaan suram 2005 ini sebenarnya telah mencatatkan satu lembaran baru bagi sambutan tahun baru di Malaysia. Atas arahan kerajaan pimpinan Pak Lah, semua majlis sambutan tahun baru dibatalkan dan diganti dengan Majlis Doa dan Solat Hajat. Sambutan tahun baru yang sebelum-sebelum ini menelan kos berjuta-juta ringgit dibatalkan pada saat-saat akhir demi menghormati dan menginsafi bencana dan kesengsaraan yang menimpa mangsa-mangsa Tsunami samada di Malaysia mahupun di Negara-negara yang terkena akibatnya.
Namun fakta sebenar tidak boleh disembunyikan. Walaupun Dataran Merdeka, KLCC dan Putrajaya lengang tidak seperti malam-malam sambutan tahun baru yang lepas-lepas, tetapi Bukit Bintang masih lagi meriah seperti tahun yang sudah-sudah. Masih ada segolongan umat yang masih mahu menyambut tahun baru di kala kesedihan dan kesengsaraan menyelubungi mangsa-mangsa bencana Tsunami. Majoriti peserta sambutan di Bukit Bintang ini adalah di kalangan generasi muda khususnya golongan remaja.
Bukit Bintang di hari tahun baru, dibanjiri dengan sampah sarap dan dicalari vandalisme terhadap harta-benda awam. Sambutan yang tidak mendapat restu pihak atasan ini berlaku tanpa dirancang, yang menunjukkan betapa sambutan tahun baru telah menjadi seolah-olah darah daging adat budaya timur dan diwarisi pula oleh generasi muda. Mereka amat mendambakan sambutan seumpama ini kerana diisi dengan nilai-nilai hedonistik untuk memenuhi keperluan nafsu serakah mereka.
Persoalan perlu ditimbulkan. Jika inilah hasil daripada upacara-upacara sambutan tahun baru dan sambutan hari kemerdekaan yang seumpama dengannya, adakah berbaloi bagi kita untuk membelanjakan berjuta-juta ringgit setiap tahun untuk melahirkan umat yang liar lagi tidak bertamadun? Lebih-lebih lagi generasi yang tidak bersimpati dan tidak punya peri manusia terhadap saudara-saudara seumat yang sedang menempuh kedukaan.
Hakikatnya, inilah realiti generasi muda yang kita sandarkan harapan untuk mewarisi kesinambungan Negara. Jelas, sudah terang lagi bersuluh bagaimana tarbiyyah tahunan upacara sambutan seumpama ini hanya menuju kesia-siaan malah merosakkan umat khususnya generasi muda. Lihat sahaja contohnya iaitu sambutan tahun baru di Bukit Bintang, bukankah arahan telah dikeluarkan untuk membatalkan semua upacara sambutan tahun baru? Tetapi sambutan secara tidak formal yang tidak dirancang masih tetap dijalankan oleh mereka yang mendewakan hiburan dan kelekaan. Walaupun suasana di Bukit Bintang tidak boleh dijadikan sebagai dalil untuk menghukum keseluruhan generasi muda di Negara ini, tetapi ia boleh dijadikan iktibar bahawa jika Tsunami tidak melanda, dan upacara sambutan masih lagi diteruskan, sudah tentu lebih ramai lagi yang terlibat.
Sebagaimana Tsunami telah menukar persepsi kita terhadap keselamatan Negara daripada bencana-bencana alam seumpama gempa bumi dan gunung berapi, maka tahun baru ini sewajarnya dijadikan sebagai batu loncatan untuk kita khususnya generasi muda untuk melakukan anjakan pemikiran demi merobah kesia-siaan yang berlaku. Perlunya satu pembaharuan dalam menerapkan pendidikan sosial yang lebih bersifat spiritualistik daripada menyediakan hiburan-hiburan yang bersifat hedonistik kepada golongan muda Negara kita ini. Tindakan menggantikan upacara sambutan tahun baru dengan majlis keagamaan merupakan satu permulaan yang cukup baik untuk memulakan perobahan ini. Pak Lah telah memberikan satu contoh yang amat relevan untuk diikuti.
Sifat prihatin dan bertimbang-rasa yang ditunjukkan oleh umat Malaysia terhadap mangsa-mangsa bencana Tsunami amat perlu untuk dikekalkan. Tsunami ini seolah-olah satu “peperiksaan” yang menguji sejauh manakah kecemerlangan sosial umat. Tindakbalas pantas dengan rela hati membantu mangsa-mangsa Tsunami samada melalui bantuan kewangan mahupun bantuan kemanusiaan perlu dipuji. Tetapi, janganlah sifat mulia ini hanya timbul mengikut musim. Cuma yang hairannya, ke mana pergi generasi muda khususnya golongan remaja dalam berdepan dengan situasi begini? Mungkin dari segi bantuan kewangan, golongan ini boleh dikecualikan, tetapi dari segi bantuan kemanusiaan, seharusnya golongan ini yang punya kudrat yang lebih besar, perlu turun bersama membantu. Tetapi rata-rata, yang hadir untuk memberikan bantuan kemanusiaan di tempat bencana adalah di kalangan golongan belia dewasa. Jika di Negara sendiri pun tenaga dan masa susah untuk dikorbankan demi membantu saudara-saudara yang menjadi mangsa, apatah lagi untuk membantu saudara-saudara kita yang menjadi mangsa di luar Negara. Di sinilah sebenarnya kita dapat menilai daripada peperiksaan sosial ini, bahawa golongan muda masih jauh lagi daripada lulus. Sifat mulia dan peri kemanusiaan yang ditunjukkan oleh sekelompok golongan dewasa masih tidak dapat dicontohi oleh belia muda yang masih hanyut dengan kefanaan dunia. Ini turut membuktikan kesinambungan tamadun umat di Malaysia sendiri masih lagi terputus. Generasi muda masih lagi bersikap individualistik, tidak menghiraukan umat dan suasana sekelilingnya walaupun ia adalah berkenaan dengan agama dan negaranya.
Tambahan pula dengan isu peningkatan kes-kes juvenil sepanjang tahun 2004 menambahkan lagi bukti betapa generasi muda hari ini rosak dengan gejala-gejala sosial. Dada-dada akhbar sepanjang tahun lepas panas dengan kes-kes ragut yang rata-rata pemangsanya adalah di kalangan generasi muda, lebih teruk lagi ada yang masih di bawah had umur minor. Lebih teruk lagi apabila kita membicarakan kes-kes khalwat, zina, pengguguran bayi, ketagihan dadah dan bermacam-macam lagi kerosakan yang berlaku. Gejala-gejala sosial ini menggambarkan betapa generasi muda pada hari ini tidak mendapat pendidikan yang sempurna untuk bergelar sebagai pewaris kepimpinan Negara.
Setelah diburukkan dengan gejala-gejala sosial yang memakan diri generasi muda dari semasa ke semasa, isu pengangguran di kalangan graduan-graduan universiti, isu kekurangan penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti berpersatuan dan isu-isu yang seumpama dengannya melengkapkan lagi kerosakan yang sedang berlaku di kalangan generasi muda. Bayangkan sahaja golongan belia merupakan setengah daripada jumlah 25 juta penduduk Malaysia, tetapi hanya 2.1 juta belia sahaja yang mengikuti aktiviti berpersatuan. Ia menggambarkan seolah-olah generasi muda yang sedang rosak dan mundur akibat dari gejala-gejala sosial yang sedang membarah, diburukkan lagi dengan isu-isu ini pula yang menggambarkan betapa generasi muda ini lemah dan tidak bermaya untuk membina dan menentukan haluan kehidupan sendiri. Mereka terpaksa bergantung secara keseluruhannya kepada orang lain untuk membangunkan kehidupan mereka sendiri. Daripada berpersatuan atau mengikuti aktiviti-aktiviti berfaedah, mereka lebih suka membiarkan hari-hari di dalam kehidupan mereka berlalu kosong.
Apabila mereka lebih gemar membiarkan kehidupan mereka kosong tanpa erti, di sinilah fitrah nafsu serakah ditambah pula dengan syaitan yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghasut dan menyesatkan manusia, lebih gemar dengan hiburan dan dilalaikan dengan kesukaan hidup dalam kefanaan dunia. Mereka ini, menjadi golongan yang mana fikiran mereka telah dikawal oleh nafsu. Benarlah seperti gambaran Rasulullah s.a.w. tentang umat baginda di akhir zaman kelak adalah seperti buih-buih di lautan yang dijangkiti dengan penyakit wahan. Iaitu penyakit cintakan dunia dan takut akan kematian.
Jadi apabila, jiwa mereka yang sedang kosong, diisi pula dengan sesuatu yang amat disukai oleh nafsu pada fitrahnya iaitu hiburan dan kesukaan, maka akan leka lah mereka tanpa hirau lagi dengan kehidupan sekelilingnya. Lihat sahaja bagaimana, budaya kuning daripada Barat masuk mencurah-curah dari semua sudut samada daripada saluran media massa, sektor perlancongan, jaringan internet dan pelbagai lagi. Generasi muda yang sedang leka dan lalai mudah sahaja menerima dan mendewakan semua ini kerana telah tertawan oleh kelalaian dan kelekaan duniawi. Natijahnya, apabila dilarang atau tidak dibekalkan dengan hiburan, mereka akan mudah sahaja memberontak kerana sudah amat mendambakan hiburan seumpamanya. Lihat sahaja dalam contoh sambutan tahun baru di Bukit Bintang. Sudah sepatutnya sambutan tahun baru dibatalkan, tetapi jiwa golongan muda yang mendambakan kelekaan dalam hiburan memberontak untuk tetap mahu melaksanakan sambutan.
Sudah tentu kita perlu berasa bimbang dan khuatir tentang masa depan agama dan Negara jika pelapisnya yakni generasi muda hari ini masih lagi bersikap seperti yang digambarkan. Oleh kerana itu, generasi muda perlu diberikan perhatian segera dengan serius. Tahun baru ini sewajarnya dimanfaatkan untuk memulakan langkah ini demi menjamin masa depan tamadun umat ini.
Perhatian perlulah diberikan kepada pendidikan iaitu elemen yang paling asas dalam membentuk sesebuah generasi. Kerana elemen inilah yang sebenarnya mencorakkan kecemerlangan generasi tersebut. Jika kita lihat realiti hari ini, kerosakan sosial generasi muda adalah sebenarnya berpunca daripada kelemahan pendidikan yang diterapkan kepada mereka. Walaupun sistem pendidikan kebangsaan sememangnya sudah terbukti berhasil dalam melahirkan generasi yang berpelajaran tinggi atau dalam maksud lain mempunyai kecemerlangan akademik, namun masih tidak mampu membangun dan membentuk akhlak dan sahsiah generasi tersebut. Buktinya, lihat sahaja hakikat yang berada di sekeliling kita. Mahu tidak mahu, kita perlu mengakui bahawa masih lagi terdapat kelompongan di dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang. Kerana pendidikan bukanlah hanya aktiviti menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga adalah aktiviti membekal dan membangunkan akhlak pelajar.
Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Khaldun yang menyatakan bahawa aktiviti pendidikan bukan hanya merupakan aktiviti memperoleh pengetahuan (aspek kognitif) tetapi juga aktiviti pembekalan akhlak (aspek kognitif dan psikomotor). Jadi di sini kita dapat lihat, untuk melahirkan sebuah generasi yang dapat kita sandarkan harapan kepadanya untuk memimpin Negara, amat perlu baginya satu pendidikan yang menekankan kedua-dua aspek. Iaitu kecemerlangan akademik dan kecemerlangan akhlak dan sakhsiah.
Bukanlah bermaksud untuk menidakkan usaha pendidikan bagi melahirkan generasi yang berilmu, tetapi biarlah diseimbangi dengan pendidikan kerohanian untuk membangun akhlak dan sahsiah. Ini perlu untuk melahirkan generasi rabbaniy untuk membentuk sebuah umat madani. Sebagai contoh lihat sahaja bagaimana didikan Rasulullah s.a.w. di kala kehidupan Baginda telah meghasilkan tokoh-tokoh besar seperti Khalifah Ar-Rashidun yang empat, , para tabi’in dan tabi’ tabi’in dan para alim-ulama’, cendikiwan-cendikiawan Islam selepasnya yang telah mencatat nama di dalam bidang-bidang utama pembangunan dan kemodenan dunia. Tetapi mereka dalam masa yang sama, turut mempunyai hubungan yang cemerlang dengan Allah s.w.t. Ini kerana pendidikan yang diterima adalah berteraskan satu misi iaitu untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t., maka kerana itulah mereka dididik untuk mencapai kecemerlangan duniawi demi menggenggam kejayaan ukhrawi yang sejati. Jelas bahawa yang dipentingkan terlebih dahulu ialah pembangunan diri dengan akhlak dan sahsiah yang mulia barulah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu akadmeik demi menjamin kecemerlangan umat.
Ini kerana ilmu tanpa akhlak seolah-olah buah yang nampak baik di luar tetapi buruk isinya. Manakala akhlak tanpa ilmu seolah-olah buah yang isinya manis tetapi tampak buruk di pandangan orang, akhirnya turut tidak dapat bermanfaat kepada umat. Jadi sudah pasti kita mahukan buah yang kulitnya baik dan isinya juga manis.
Dengan menitik-beratkan hal-ehwal pendidikan yang seimbang ini, maka hasilnya kita dapat melihat akan lahirnya generasi rabbaniy yang bakal membentuk umat madani. Sudah pasti tidak akan timbul soal yakin atau tidak yakin terhadap generasi ini untuk meneruskan kesinambungan tamadun umat. Namun, untuk mencapai sistem pendidikan yang seimbang ini, maka amat perlulah sebenarnya semua pihak faham dan memainkan peranan masing-masing. Sistem pendidikan kebangsaan yang diterapkan di institusi-institusi pendidikan di setiap peringkat pada hari ini sebenarnya sudah cukup relevan untuk diteruskan. Cuma, pendidikan yang diterapkan perlulah diseimbangi dengan pendidikan kerohanian dengan membekal dan membangunkan individu-individu pelajar dengan akhlak dan sahsiah. Penerapan akhlak dan sahsiah ini sebenarnya berjalan sepanjang masa. Jika pendidikan yang bersifat formal di kelas-kelas atau bilik-bilik kuliah hanyalah selama beberapa jam sehari. Pendidikan kerohanian ini berjalan dari bangkitnya seseorang daripada tidur hinggalah tidurnya kembali setiap hari. Kerana pendidikan kerohanian ini bukanlah sifatnya seperti pendidikan formal tetapi lebih bersifat informal melalui penghayatan dan pengalaman seseorang itu memerhati dan menjalani kehidupan.
Prof. Dr. HAMKA di dalam bukunya “Tasauf Moden” membayangkan bahawa alam ini sebenarnya adalah laksana sebuah kitab besar yang terhampar di depan muka kita, manakala di dalamnya tertulis perjuangan hayat yang telah ditempuhi lebih dahulu oleh generasi terdahulu. Di situ dapat kita tilik bagaimana orang lain telah sukses, telah mujur dan bahagia dan dapat pula kita lihat mereka jatuh, tersungkur, ada yang tak bangun lagi, ada yang menyesal selama-lamanya. Kebenaran ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Bahawa alam sekeliling kita inilah merupakan satu perjalanan pendidikan yang tiada putusnya. Cuma tinggal kepada kita untuk memerhati dan memahami isinya.
Jelas bahawa kita sebenarnya sedang dididik oleh alam sekeliling kita secara berterusan. Oleh kerana itulah, generasi muda perlulah dididik dengan penerapan akhlak dan sahsiah melalui contoh yang mulia dan baik untuk diikuti. Bukannya dihidangkan dengan hiburan-hiburan yang lalai dan melekakan. Bukan juga dengan menyediakan dan membiarkan kerosakan-kerosakan budaya Barat memasuki dan meracuni generasi ini. Pendidikan kerohanian ini diseimbangi pula dengan membekalkan ilmu-ilmu akademik untuk kecemerlangan dan kemodenan. Maka tidak mustahil kita akan melahirkan tokoh-tokoh seumpama Ibnu Sina, Al-Khawarizmie, Al-Ghazalie dan tokoh-tokoh cendikiwan Islam yang lain yang telah mewarnai sejarah kemodenan dunia.
Konklusinya, generasi muda hari ini sememangnya amat memerlukan perhatian daripada semua pihak lebih-lebih lagi daripada golongan ibu bapa, para guru dan pihak pemerintah. Walau bagaimanapun generasi ini sendiri yang menafikan hak-hak golongan-golongan yang disebutkan untuk mendidik dan memimpin mereka untuk menjalani kehidupan, tidak wajarlah bagi kita untuk mengiakan dan membiarkan generasi ini terkapai-kapai hanyut dan lemas ditelan arus dunia yang semkain mencabar di hari muka.
Ibu-bapa perlulah berkerjasama dengan pihak guru untuk memastikan pendidikan yang diterima anak-anak mereka berjalan secara berterusan dan bukannya hanya terhenti apabila loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya sesi akademik. Rumah bukanlah sekadar tempat kediaman atau beristirehat tetapi merupakan wadah paling sesuai untuk membangunkan jiwa anak-anak.
Para guru pula amat perlu untuk bersifat seperti ibu bapa dalam berhadapan dengan pelajar-pelajar di sekolah. Walau bagaimana nakal dan degil sekalipun, mereka tetap umpama seorang sesat yang perlu ditunjukkan jalan. Tiada perkataan seperti putus asa, malas, benci ataupun menyesal di dalam kamus seorang pendidik. Keikhlasan niat, kesabaran dan kesungguhan merupakan kunci utama dalam mendepani pelajar-pelajar yang perlu diibaratkan seperti anak sendiri.
Pihak pemerintah dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab tidak wajar untuk sewenang-wenangnya menukar sistem dan polisi pendidikan saban tahun. Tak kanlah setiap kali bertukat tangan, setiap kali itu juga sistem pendidikan perlu digubah? Mungkin apa yang betul pada pandangan mata kita adalah silap dan sebenarnya membawa natijah yang tidak baik untuk generasi yang menerimanya. Kerana itu pentingnya komunikasi dua hala yang serius dan konsisten dalam memastikan pendidikan generasi muda harapan agama dan Negara tidak tergadai. Nota-nota atau fakta-fakta yang diterima di atas kertas tidak semestinya tepat, kerana ia mungkin lebih banyak atau mungkin kurang daripada realiti sebenar.
Tidak ada cara mudah untuk kita membentuk generasi muda hari ini melainkan untuk bersama menghulurkan tangan dengan ikhlas hati dengan jujur dan amanah untuk membentuk generasi ini mengikut acuan generasi rabbaniy. Melalui tauladan dan iktibar yang mulia daripada generasi terdahulu, barulah generasi muda dapat mengaharungi kehidupan dengan mengikut kehendak Ilahi. Dengan kesinambungan antara pendidikan akademik dan pendidikan rohani ini, generasi muda akan lebih cepat mengenali dan matang akan erti kehidupan. Kerana itulah, pendidikan adalah kunci untuk segala-galanya. Dari lahir hinggalah ke hujung hayat, pendidikan masih lagi berterusan untuk dihadami dari hari ke hari. Dengan memberikan perhatian kita terhadap pendidikan yang diterima oleh generasi mendatang, merupakan kunci kepada perhatian yang perlu diberikan kepada generasi muda bukan sahaja untuk yang sedia ada pada hari ini tetapi untuk generasi-generasi mendatang. Supaya kesinambungan tamadun umat akan tidak putus-putus dalam membentuk umat madani.

Comments