Sumbangan untuk mangsa Tsunami dan Gempa Bumi

Assalaamu'alaikum w.b.t. kepada saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian...

PERKEPIS sedang menjalankan kutipan peringkat awal untuk sumbangan kepada mangsa bencana tsunami dan gempa bumi yang melanda rantau Asia baru-baru ini. Hasil kutipan peringkat awal akan dihantar kepada mangsa (melalui Global Peace Mission) pada hari Sabtu, 8 Januari 2005. PERKEPIS mengalu-alukan sumbangan daripada anda semua berbentuk pakaian (baju, seluar, selimut, tuala dsbnya...). Sumbangan dalam bentuk barangan dan makanan juga dialu-alukan tetapi akan dihantar pada tarikh yang lain.Sesiapa yang ingin membuat sumbangan pakaian, sila berbuat demikian sebelum atau pada hari Jumaat, 7 Januari 2005.

Untuk membuat sumbangan, sila hubungi:
Abdul Muntaqim - 0198767928
Wan Azizan - 0198469591
Khadijah - 0198473352

Selain daripada itu, anda juga boleh membuat sumbangan RM1 melalui SMS. Taip "GPM" dan hantar ke 39111. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan sumbangan melalui SMS ini, layari www.keamanan.net.

Bersama kita berkorban dan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan! Semoga Allah memberkati dan meredhai usaha yang sekelumit ini...

"Berjasa Kepada Masyarakat"

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)No. 54, Lot 3199, Taman Sri Wangi, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Comments