Pendidikan Perlu Lebih NIlai Holistik

Kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Tun Hussein di dalam Utusan Malaysia 22 Mac 2005 yang menyebut bahawa sistem pendidikan di Malaysia akan dikaji semula untuk mengelakkan dari sistem pendidikan dan pembelajaran yang hanay berteraskan kepada peperiksaan semata-mata. tambah beliau bahawa sistem pendidikan yang dijalankan perlu lebih nilai holistik untuk melahirklan insan yang serba boleh.

Inilah antara objektif perjuangan pejuang-pejuang pendidikan di Malaysia secara keseluruhannya. iaitu penerapan lebih nilai holistik di dalam sistem pendidikan. bukan sahaja untuk melahirkan individu yang serba boleh tetapi juga untuk membentuk individu yang berakhlak mulia dengan tidak mengabaikan kepentingan ilmu. penerapan nilai holistik seperti yang disarankan oleh Menteri Pelajaran adalah amat bertepatan untuk melahirkan generasi yang bakal membentuk masyarakat madani.

Maka dengan itu, semua pihak khususnya yaang terlibat secara langsung dengan institusi pendidikan negara perlu bangun menyaurakan sokongan dan dorongan supaya kajian pelaksanaan semula sistem pendidikan di Malaysia dapat dilaksanakan. jangan hanya kenyataan Menteri Pelajaran hanya sebagai melepaskan batuk di tangga, kerana kita sudah terlalu lama menuruti sistem pendidikan ala-ala penjajah yang telah memisahkan nilai holistik iaitu yang berkenaan dengan pembangunan diri melalui didikan moral dan keagamaan dengan nilai akademik yang bersifat lebih kepada keduniaan.

Cumanya, sedih untuk diperkatakan, setakat hari ini, tidak ada satu pihak pun yang tampil untuk menyokong saranan Menteri Pelajaran tersebut. Malah badan-badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dengan institusi pendidikan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan saranan ini.

Marilah kita bersama untuk menjalankan reformasi di dalam sistem pendidikan negara. supaya hasil daipada sistem pendidikan yang betul, maka masyarakat madani selari dengan tuntutan agama dapat dibina.

"Martabatkan Pendidikan Negara"

Comments