Rasa Hidup Bertuhan
Hidup rasa bertuhan,
Gembira pada yang menggembirakan,
Cinta pada yang mencintakan.
Kasih pada yang mengasihkan,
Bila dipinggir, tak rasa terpinggir,
Bila dipulau, tak rasa dipulau,
Bila ditinggal, tak rasa seorangan,
Hidup rasa bertuhan,
Memang nikmat,
Senang lagi menyenangkan,
Hidup gundah rasa bahagia,
Hidup susah rasa kesenangan,
Hidup sepi sentiasa ditemankan,
Oh Tuhan,
Adakah Kau cinta kasih padaku?,
Tunjukkan,
Aku menunggu balasanMu,
Bawaku merasa redha cinta kasihMu,
Bawaku hidup dibawah lembayung rahmat redhaMu,
Aku menunggu sendirian,
Kerana temanku hanya Engkau,
Oh Tuhan,
Nikmat aku merasa hidup bersamaMu Tuhan,
Jangan ditarik hati rasa cinta ku pada Kau,
Oh Tuhan,
Biar aku ditinggal orang, asal Kau tidak,
Biar aku dipulau orang asal Kau tidak,
Biar aku dipinggir orang, asal Kau tidak,
Bersamalah denganku oh Tuhan,
Biar ku merasa lebih lagi nikmatMu,
Rasa hidup bertuhankan Mu.
K. Anwar Sarawak
Siddiq E1.8, UIAM
6 Mac 2005
Gembira pada yang menggembirakan,
Cinta pada yang mencintakan.
Kasih pada yang mengasihkan,
Bila dipinggir, tak rasa terpinggir,
Bila dipulau, tak rasa dipulau,
Bila ditinggal, tak rasa seorangan,
Hidup rasa bertuhan,
Memang nikmat,
Senang lagi menyenangkan,
Hidup gundah rasa bahagia,
Hidup susah rasa kesenangan,
Hidup sepi sentiasa ditemankan,
Oh Tuhan,
Adakah Kau cinta kasih padaku?,
Tunjukkan,
Aku menunggu balasanMu,
Bawaku merasa redha cinta kasihMu,
Bawaku hidup dibawah lembayung rahmat redhaMu,
Aku menunggu sendirian,
Kerana temanku hanya Engkau,
Oh Tuhan,
Nikmat aku merasa hidup bersamaMu Tuhan,
Jangan ditarik hati rasa cinta ku pada Kau,
Oh Tuhan,
Biar aku ditinggal orang, asal Kau tidak,
Biar aku dipulau orang asal Kau tidak,
Biar aku dipinggir orang, asal Kau tidak,
Bersamalah denganku oh Tuhan,
Biar ku merasa lebih lagi nikmatMu,
Rasa hidup bertuhankan Mu.
K. Anwar Sarawak
Siddiq E1.8, UIAM
6 Mac 2005
Comments