Hei Nafsu !!!

Hei nafsu !!!
Hari ini aku hampir tunduk lagi pada kau,
Kalau tidak kerana iman yang secebis ini,
Mahu saja aku turutkan kata kau,
Dan jatuh lagi,
Lebih dalam dan dalam,
Di dalam dunia kefasiqan,

Hei nafsu !!!
Gagah sungguh kau menarikku,
Lagi dengan iblis yang membantu,
Lemah sungguh aku hendak melawan,
Lagi-lagi dengan iman ku yang hanya setitis,
Lagi naik, lagikan berkurang,

Bila lagi kau mahu melepaskanku,
Dapat aku lari dan menyepi diri dari kau,
Sudahlah dengan amal fasiq ku yang lepas,
Biar aku buka babak hidup baru,
Dengan amal penuh keimanan,

Hei nafsu !!!
Degil sungguh kau,
Dicipta Tuhan Rabbul Alam,
Masih juga melawan,
Biarpun tahu berdepan dengan kuasa atas segala,
Yang kau tahu natijahnya Neraka,

Patutlah kedegilan kau,
Masih lagi tertanam,
Aku yang terseksa diajak kau,
Menuju dunia penuh kesesatan,
Mahu diterjunkan sekali di Neraka Jahannam,

Lepaskan aku,
Biar aku sendirian,
Dengan cinta-kasih ku yang satu,
Hanya kepada Tuhan Rabbul Alam,
Aku benci pada kau,
Terimalah talak tigaku yang kekal,
Takkan ku rujuk lagi dengan kau,

Hei nafsu !!!
Nyahlah kau bersama iblis dan syaitan,
Tuhan Rabbul Alam ada di sampingku,
Menolong-bantu melawan kau,
Cuma tinggal aku yang perlu,
Mencari jalan menghapuskan sesat-jahat kau,

Oh Tuhan,
Bantulah aku mendidik dan mengawal,
Nafsu jahat yang sentiasa melekat,
Iblis-syaitan yang sentiasa bersahabat,
Oh Tuhan,
Bawaku kepadaMu,
Merasa hidup nikmat bertuhankan Mu,
Yang Satu.


K. Anwar Sarawak
Siddiq E 1.8
8 Mac 2005

Comments