Warkah Sahabat
Andai hariku masih jauh,
Ku hulur salam ukhuwwah erat penuh kasih,
Moga hari mendatang ditempuh lagi,
Dengan ikatan hati bertaut sayang,
Ku hulur salam juang perjuangan panjang,
Moga kita kekal di sini,
Satu barisan melebar daulah Islam,
Andai hariku tinggal perkiraan,
Jadikanlah hari lepas kenangan manis kita bersama,
Biar jadi tauladan buat renungan mendepani hari muka,
Ku doa semoga berjaya berjuang hingga ke akhir dunia,
Jangan dibiar,
Perjuangan yang kita lukis bersama,
Tinggal potret tatapan zaman,
Dibiar mati tak hidup,
Sambungilah lukisan yang masih kosong,
Kerana lukisan perjuangan itu panjang,
Tak dijangkau mata memandang,
Aku mati, kau masih ada,
Kau mati, aku tetap berjuang selagi daya,
Hanya maaf ampun ku pinta,
Gurau senda meluka suka,
Jangan dibiar mencalar ukhuwwah,
Yang kita bina lama,
Kerana yakin ikatan kita,
Padu kerana agama,
Perjuangan lebih penting,
Demi Islam tinggi lampau yang lain,
Bersama kita doa,
Islam tinggi di tangan juang kita.
Abadi.
Oleh:
K. Anwar Sarawak
Sekretariat PERKEPIS
28/6/05
Comments