Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Ke-1 PERKEPIS

Setelah dipersetujui oleh Majlis Syura Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS), di atas pendaftaran PERKEPIS sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan yang sah dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Caw. Sarawak di bawah Akta Pertubuhan pada 13 Jun 2005 yang lepas, Majlis Perhimpunan Agung Tahunan pada tahun ini diiktiraf sebagai yang pertama walaupun setelah 8 tahun bergerak aktif.

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Ke-1 PERKEPIS adalah seperti berikut;

Tarikh: 24 September 2005

Tempat: Auditarium Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Jalan Semariang, 93050, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang

Semua pelajar-pelajar Islam Sarawak daripada kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah, Kolej, Maktab, Institut dan Universiti adalah dijemput untuk menghadiri program tersebut. Pihak PERKPEIS amat mengalu-alukan kehadiran saudara dan saudari untuk bermuhasabah demi kebersamaan dalam merencana dan melaksana gerak-kerja gerakan pelajar Islam di Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Urusetia program di talian;
Abd. Muntaqim Zulkipli: 019-8767928
Wan Azizan Wan Zainal: 019-8469591
Post a Comment