Penulis sedang mengendalikan Kumpulan "Gen 11" (nama kumpulan) semasa Program Kem Pelajar Gemilang 2005 (KEM GEMILANG 05) yang diadakan di Maktab Rendah Sains MARA Kuching (MRSM Kuching), Jun lalu. Program disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 2 sekolah tersebut. Penulis tidak dapat menggambarkan betapa bersyukur dan gembiranya perasaan kerana dapat berbakti kepada sekolah lama. Lebih-lebih lagi dapat menghubungkan ikatan ukhuwwah serta berkongsi pengalaman bersama dengan adik-adik di MRSM Kuching. Penulis insaf, bahawa banyak lagi ruang-ruang kosong yang boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan masyarakat yang selari dengan Islam. Generasi muda perlu diberi perhaian khusus dengan pendekatan kasih sayang dalam melahirkan generasi yang seimbang.
- Get link
- X
- Other Apps
Labels
Comments