Sambut Baik Pemimpin Purba Lepas Jawatan Badan Belia

Kesediaan DS Khir Toyo(Presiden MBM) dan DS Ali Rustam(Presiden Belia 4B) untuk melepaskan jawatan pimpinan badan belia adalah amat dialu-alukan. Sewajarnya, tindakan tersebut menjadi contoh dan ikutan bagi pimpinan badan belia daripada kalangan ahli politik dan yang sudah menjangka usia purba untuk belia. Keterlibatan DS Khir Toyo dalam usaha mendraf Akta Belia untuk dihantar dan disidangkan oleh sidang Dewan adalah amat dihargai. Sudah tiba masanya belia negara dibebaskan daripada "penjara maya" yang sudah sekian lama memenjarakan idealisme dan aktivisme belia.

Ini merupakan satu petunjuk baik bagi menandakan kebangkitan belia negara. Belia negara pada masa ini sudah patut bersedia untuk menyambut kepimpinan badan belia daripada generasisebelumnya. kini, belia negara sudah seharusnya menyediakan diri daripada segi mental mahupun fizikal untuk membawa arus perjuangan belia negara dalam bersama-sama memacu peradaban negara. Belia negara perlu terlibat aktif dalam usaha pembangunan ketamadunan negara.

Usaha lanjut selepas ini untuk memastikan pemrkasaan belia negara terus berjalan perlu dijalankan dengan lebih komited. Belia negara perlu menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk negara berasa yakin dengan belia-belia Malaysia alaf baru. Belia negara sudah melangkah ke satu fasa baru dalam pembangunan belia selama ini.

inshaAllah, artikel selanjutnya berhubung isu ini akan dikeluarkan dalam beberapa hari sahaja lagi. Semoga usaha ini tidak terhenti mati. Teruskan perjuangan! Belia Negara Perkasa Demi Negara Tercinta.

Comments