Delegasi PERKEPIS ke MPAT PKPIM ke-44

Seramai 11 orang menyertai Delegasi PERKEPIS ke MPAT PKPIM ke 44 yang berlangsung di Institut Tadbiran Islam PERAK (INTIM) selama 3 hari 2 malam yang bermula pada 30 September hingga 2 Oktober yang lalu. Delegasi diketuai oleh YDP PERKEPIS yang baru, Sdr. Wan Azizan B. Wan Zainal Abidin. MPAT kali ini menyaksikan transisi kepimpinan besar-besaran di mana puncak pimpinan PKPIM kini diterajui oleh golongan muda yang berumur sekitar 25 tahun ke bawah. Ini selari dengan pemudaan kepimpinan ABIM yang dapat disaksikan di dalam MPAT ABIM di Bangi Ogos lalu.
Delegasi PERKEPIS bergambar bersama dengan mantan Presiden PKPIM, Sdr. Mohd. Raimi Abd. Rahim (berdiri 5 dari kiri), Tim. Presiden, Sdr. Syed Mikael Rizal Aidid (berdiri 3 dari kiri) serta Kak Zah (isteri-berdiri 3 dari kanan), Naib Presiden HEWI, Sdri. Shamsiah Hj Mahli (duduk 3 dari kanan) dan Setiausaha Agung, Sdr. Hilmi Ramli (berdiri 6 dari kiri). Turut bergambar ialah ahli-ahli PERKEPIS yang menyertai delegasi PKPIM kampus UKM, UTM, UPM dan KDH.
Tahniah diucapkan kepada Sdr. Syed Mikael Rizal Aidid dan Sdri. Shamsiah Hj. Mahli yang juga merupakan ahli PERKEPIS atas perlantikan sebagai anggota pimpinan PKPIM pusat bagi sesi baru. Teruskan Perjuangan !

Comments