Jawapan kepada ibnu_ishak12@yahoo.com

Assalammualaikum...

Buat tatapan pembaca budiman yang penulis hormati sekalian. Posting penulis sebelum ini rupa-rupanya telah dimasukkan ke dalam ruangan forum di laman sawang mahasiswa yang popular www.idealis-mahasiswa.net tanpa pengetahuan penulis sediri. Malah sudah pun mendapat respon daripada salah seorang pelayar laman sawang tersebut iaitu saudara Ibnu Ishak.

Penulis hargai respon daripadanya yang penulis sifatkan sebagai emosional dan mencabar. Tidak juga ingin menyalahkannya, kerana haknya untuk bersikap demikian. Malah, kalau dilihat daripada aspek positif, Ibnu Ishak memang seorang yang bersifat cemburu dan sensitif kerana Rektor UIAM, Prof. Dr. Kamal Hassan dikritik walaupun hanya sedikit. Seperti kata Buya HAMKA inilah sikap yang sepatutnya ada di dalam dada setiap Muslim, supaya Islam yang kita anti ini tidak sewenang-wenangnya dikrtik tanpa serang balas. Muslim perlu bersikap cemburu dan sensitif kepada agama supaya agama kita tidak dipermainkan.
Namun, ingin juga penulis tegaskan kembali bahawa penulisan sebelum ini hanyalah karya setahun jagung penulis yang berupa hujahan ilmiah . Maka penulis amat alu-alukan respon yang dikuatkan dengan hujahan ilmiah juga. Inilah kekurangan yang penulis dapati daripada respon Ibnu Ishak. Ibnu Ishak hanya mengulang kembali hujahan penulis dan kemudiannya menghentam tanpa apa-apa pertimbangan kukuh. Malah, penulis berasa sedih kerana telah disalah-faham oleh Ibnu Ishak yang menyatakan bahawa penulis mengkritik Rektor UIAM sebagai pembohong dan mendustakan agama hanya kerana penulis menyatakan rasa terkejut kerana mendengar Rektor UIAM bersumpah “wallahi, watallahi, wabillahi” untuk membuktikan bahawa UIAM bebas daripada pengaruh poltik luar.
Apa yang penulis nyatakan di dalam penulisan sebelum ini adalah, penulis terkejut di atas keberanian Rektor UIAM untuk bersumpah menggunakan lafaz begitu. Kerana selama ini, memang penulis menganggap bahawa UIAM ditekan oleh kuasa-kuasa politik luaran sehinggalah mendengar sumpah yang dilafazkan oleh Rektor UIAM. Dan ketika mendengar lafaz sumpah itu, penulis sedar bahawa anggapan penulis terhadap UIAM selama ini ternyata meleset. Ini adalah di atas keyakinan penulis terhadap kewibawaan Rektor UIAM. Penulis bukan hanya sekadar mengenalinya sebagai Rektor malah sedikit-sebanyak mengumpul sejarah Rektor UIAM yang memang telah banyak jasa dan baktinya kepada perkembangan ilmiah negara.
Di dalam hal berhubung BOSA, penulis berharap supaya penulisan penulis dibaca dan dihayati semula oleh semua pembaca khususnya saudara Ibnu Ishak. Tidak pernah penulis mempertikaikan keputusan Universiti dengan mempersendakan BOSA.
Intipati daripada penulisan sebelum ini hanyalah menyentuh tentang hak-hak pelajar sebagai seorang warganegara Malaysia untuk turut sama menggunakan hak kebebasan bersuara seperti yang terkandung di dalm Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.
Penulis juga berasa sedih kerana niat penulis untuk mengulas kenyataan Rektor UIAM daripada sudut Undang-Undang dilihat sebagai usaha ":berpolitiking" oleh Ibnu Ishak. Lebih menyedihkan kerana Ibnu Ishak tanpa segan silu mengaitkan penulisan penulis secara peribadi ini dikaitkan pula dengan PKPIM sebagai sebuah gerakan pelajar Islam yang suci daripada tuduhan-tuduhan Ibnu Ishak itu.
Di dalam kesempatan ini, penulis ingin menyeru supaya penulisan-penulisan aktivis-aktivis mahasiswa yang dikasihi sekalin biarlah beradab. Biarlah dipenuhi dengan hujahan yang realistik, relevan, rasional dan ilmiah dan bukannya songsang, emosional dan hanya berdasrkan angin semata. Biarlah gerakan mahasiswa yang ingin kita lahirkan berupa satu gerakan yang mengikut perederan semasa supaya tidak ketinggalan dan kalah sebelum berjuang. Janganlah dibiar nostalgia menghantui gerakan mahasiswa lagi.
Tiada maksud untuk penulis memberi aib ataupun menjatuhkan Rektor UIAM yang amat penulis segani. Penulis juga sebagai warganegara Malaysia hanya menggunakan hak yang telah tersedia supaya dapat juga pembaca-pembaca budiman menilainya. Salah atau betul, pembaca yang tentukannya dan penulis amat berbesar hati untuk diperbetulkan sekiranya kesalahan adalah kepada penulis. Tapi bukan dengan cara hentam kromo tanpa rasional. Kita Islam ada adab dalam berikhtilaf, maka amalkanlah adab tersebut. Islam ini penuh dengan kasih sayang, bukannya kata-kata kesat yang tidak bertanggungjawab.
Khusus buat Ibnu Ishak, penulis ucapkan terima kasih di atas kesudian untuk memberi respon terhadap penulisan sebelum ini. Penulis mengharapkan supaya Ibnu Ishak supaya berani mendedahkan identiti supaya dapat kita jalinkan ukhuwwah yang sepatutnya terbina. Penulis mengharapkan Ibnu Ishak dapat bersama-sama dengan penulis untuk menemui Rektor UIAM jika benar kebenaran dan keadilan yang kita- impi-impikan.
Mudahan Allah tunjukkan kebenaran dan keadilan buat kita semua. Penulis menyerahkan kepada pembaca untuk menilainya. Wallahu'alam.

Comments

Anonymous said…
Let us feed you some TV Squad posts
Filed under: Site Announcements , Web Many of our dear readers access TV Squad posts via RSS feed readers such as Bloglines , Newsgator or Feedster .
written word and written word are both necessary in any book writing.
Sdr, apabila ada orang yang kurang baik adabnya bercakap kepada kita, jangan jawab, jangan layan, dengan cara itu hatinya akan menderita sakit. Apabila kita jawab, dia suka hati, sebab dia tahu kita ambil berat apa yang dilakukannya. SILENCE IS VERY POWERFULL.