Saja-saja menulis...

erm... susah buatku untuk meletakkan tangan menulis dan menaip di kala musim peperiksaan yang semakin hampir. Otak ligat mencari idea buat diluahkan di atas kertas untuk dipindahkan ke otak komputer. Tapi, yalah... masa tidak mengizinkan. buat sedikit masa yang perlu untuk ku hasilkan penulisan yang lahir dari hati. Aku harap manusia yang tidak gemar dengan tutur kata dan tulisanku boleh tahu bahawa aku berucap bukan sekadar suka, bukan menulis kerana gembira... aku lakukan semua itu kerana hati susah melihat suasana yang kian melalaikan.
yah... tampak lagi aku meracau. kalau bukan di sini, dengan siapa lagi buatku berseloka. Biarlah pembaca menilainya. Tuhan tahu siapa aku. Tanpa kawan yang benar buatku bersahabat, tempang juga jalan juangku ini. Lama sudah tidak merasa kekuatan berjuang sejak dari kutinggalkan Kumpulan Pengakap 20 yang aku sayang. Di mana lagi dapat ku cari barisan pimpinan dan ahli-ahli yang komited dengan juang kami. Tapi it juang lain... kini lain, mataku sudah luas terbuka... Hatiku juga sudah banyak dihiris luka-luka. Malah ada juga yang jadi kuping-kuping kudis kerana ku simpan lama menjadi beku. Malas ku lahirkan di wajah... buat susah ku bentukkan, buat susah juga manusia sekeliling melihat.
Sedih ku dengan perkembangan semasa jalan juang baru-baru ini. Berdepan pula dengan generasi yang tidak faham langsung apa itu perjuangan suci. Tidakkah mereka tahu? Perjuangan nabi bukan sama seperti PBB. Bukan juga seperti OIC. Malah jauh lagi seperti UMNO, Kelab Belia 4B dan MBM. Kita ini bukan persatun biasa. Kita ada syura, ada qiady ada jundiy... Kenapa tak paham lagi walau sudah lama di jalan ini, malah sudah disebut-sebut di peringkat qiady untuk diangkat menjadi menteri... rosak... rosak... jika kau yang dibar memimpin jalan ini. jalan lurus bisah jadi bengkok malah mungkin buat pusingan semula kembali ke titik mula. Generasi baru jalan juang ini perlu ditampar. Ditampar dengan tangan sakti perjuangan abadi...
Erm... ya.... itu hari aku bicara soal kasih sayang... ada juga orang benci... pelik juga. kita berkasih kita dibenci. kita menyayangi kita dipandang sepi... kenapa tidak ada lagi hati perasaan Nabi di dalam Umat kini? adakah jawatan sahaja yang kau pandang dengan berjuang ini? apa yang kau dapat? Apa yang kau dapat? Apa yang kau dapat!!!!!!!!!!!!!!!!! bodoh.... dunia ini bukan benar. banyak sudah bukti. akhirat jua yang kekal abadi... Tuhan menanti. Neraka atau Syurga... hanya Tuhan penentu.
Buat tatapan kawan-kawan jika ada yang mebaca luahan ini. Kenapa harus kau berdiam diri? aku merayu..... benar-benar jika kau mengaku berjuang demi Tuhan, kembalilah bergerak secara jemaah... tidakkah kau tahu jemaah itu berkat? atau sebenarnya kau tidak paham apa itu jemaah? tarbiyyah diri boleh dijemaahkan... pembangunan diri boleh dijemaahkan... malah kehancuran juga boleh dijemaahkan... tanpa kau sekali di jalan juang ini, bagaimana mungkin aku mampu menapak laju? bagaimana mungkin jemaah melancar pelan hidup bersatu? marilah kawan... marilah kawan... marilah kawan... kembali kita jadi satu. bukan dua, bukan tiga bukan seratus... kenapa kau lari? kelemahan diri bukan alasan sakti, kerana kau pun tahu jemaah boleh menampung kelemahan diri. bukan sekadar menampung, membaikinya pun boleh jadi... habis apa lagi alasan mu? adakah kau tidak suka padaku? adakah?
sudah jauh tanganku berjalan... perutku sakit menahan nafsu. tidak... Tuhan itu Maha Tahu... kenapa perlu aku merintih kelaparan sedang Bulan ini datang sekali sahaja... tahun depan mungkin tiada. Tuhan ampunkanlah sku... juga ibu bapaku... juga keluargaku... juga kawan-kawanku mungkin juga sahabatku... ampunkanlah seluruh kami ini.... tunjukkan kami mujaddid mu... tidak sabar rasanya untuk kembali di atas. sudah lama putaran roda kami ini di bawah...

Comments

Anonymous said…
salam.. tak tau la ko perasan ke tak komen nie.. kalau perasan, ok la.. nway, ada org bgtau aku yg ko wat entri 'luahan hati' kat blog.. so, aku pun tengok la.. nampaknya, sume org masing2 bnyk menyimpan luka di dlm diri masing2.. dan ramai yg tak berdaya nak meluahkan.. zahir shj kelihatan ceria.. di dlm Allah sj yg tau.. smpi bila nak simpan pun tak tau la.. sampai berkulat kot.. nway, aku ni bukan lah kwn yg terbaik utk bg pandangan ke apa ke.. malah kopun tau style aku nie camner.. bab ukhuwah ni mmg aku fail.. tak reti nak jaga.. harap org je la yg follow up aku.. nak ziarah bilik, punya la malas.. tapi, serius aku rindu gila kat korg.. smlm terserempak dgn mawi pun, rasas mcm lm tak jumpa.. terubat la sket rindu.. cewah..
tapi, satu perkara yg aku setuju kita smcm tak sehaluan lagi.. masing2 dah ada pendirian sndr.. masing2 nak bina jln sndr.. malah mungkin pemahaman kita ttg konsep jemaah itu semakin berbeza.. mungkin jgak bnyk perkara yg selama ini kita anggap kita sependapat tapi sebenarnya tidak.. tapi, yelah.. sume nak jaga hati memasing.. klu jumpa, lawak je lah yg kita mampu buat.. bimbang ada hati terguris.. bimbang ada yg terasa..

so, camne? bagi aku, hasrat ko tue hasrat yg sgt mulia... tapi, utk diluahkan dipaparan skrin komputer saja tak cukup.. biar sume org tahu.. biar sume nampak apa yg kita nampak.. jgn simpan mcm tue jer.. aku sgt2 berharap agar ukhuwah yg indah spt dulu terjalin semula.. aku rasa sume nak mcm tue.. tapi, bukan senang la kot..

kalau ko rasa ada pape yg tak puas ati ttg aku.. bgtau la yer.. aku nak sgt muhasabah diri.. aku nak tau sebnarnya mcm mana sebnarnya diri aku ni di pndgn org mutakhir nie..

allahu ta'ala a'lam..

semoga allah memberikan petunjuk hidayah dan membukakan pintu keberkatan untuk kita lebih memahami kebenaran di sebalik sume ini dgn ilmu yg haq..

barakallahufik