Usrah PERKEPISMA buat lawatan ke Jambatan Gantung KLCC


Bersempena dengan perjumpaan terakhir di Masjid As-Syakirin, KLCC bagi semester ini, Usrah PERKEPISMA pada 8 Oktober yang lalu berkesempatan mengadakan lawatan ke jambatan gantung KLCC (bukan nama sebenar :P). Lawatan tersebut merupakan suatu pengalaman yang menarik dan menghiburkan. Kerana sudah lama berada di bumi bumi semenanjung ini, tetapi tidak pernah sekalipun berkesempatan untuk meangadakan lawatan sebegini.
Kemasyukan berada di salah sebuah bangunan pencakar langit yang pernah memegang takhta tertinggi di dunia memang mengkagumkan. Melihat aktiviti manusia seharian daripada atas seolah-olah kita sedang menyaksikan semut-semut hitam yang sedang berkerja keras. Pemandangan kota yang indah (betul ke...) dengan hutan konkrit dan jalur-jalur jalanraya mengisi setiap inci sudut penglihatan. Penulis mengkagumi betapa manusia sudah semakin hampir dengan masa yang ditentukan oleh-Nya. Cuma beberapa ketika sahaja lagi sementara menunggu sunnatullah yang pasti berlaku.
Apapun, saat ini pasti tak terlupakan... buat ceritera menarik apakala kembali ke Sarawak untuk didendangkan kepada sahabat handai dan motivasi buat adik-adik tersayang. Belajar rajin-rajin, supaya kaki dapat melangkah jauh, mata dapat memandang luas dan tangan dapat mengepak laju.
Rasanya, perlu untuk lawatan begini dibuat selalu. Supaya jadi iktibar buat sesiapa yang mahu dan boleh jadi sebagai penghibur di kala hati dirundung duka. Semangat !!! seterusnya Menara KL...

Comments