Hujan Hari Itu...

Langit mendung-mendungan,
Ditampar kilat dentum-dentuman,
Anak kecil menagis ketakutan,
Tetingkap dikatup rapat,
Khuatir hujan masuk basahan,

Hujan hari itu,
Angin bertolak laju,
Bunyi desir pokok rimbunan,
Seolah jatuh satu-persatu,
Jalan kosong,
Insan bertempiaran,
Mencari teduhan,
Buat elak kebasahan.

Nikmat hujan turun,
Ada juga yang cela-celaan,
Kerana ganggu majlis aturan,
Kenapa turun sekarang?
Tidak esok atau malam?
Hujan tetap jatuh,
Kejadian tetap kejadian,
Kerana ia kerja Tuhan,

Pokok dedaunan,
Hilang kehausan,
Segar kembali,
Berbakti buat kemanusiaan,
Syukur kerana direzekikan,
Makna Tuhan tidak kelupaan,
Pada hamba yang memerlukan,

Hujan hari itu,
Sama juga hujan hari semalam,
Tapi,
Mungkinkah esok hujan jadi kelainan?


8/12/05
ITD, UIAM

Comments