Kelompok Mak Nyah Minta Pengiktirafan Masyarakat
Kewujudan Mak Nyah di tengah-tengah masyarakat kita hari ini tidak boleh dipandang ringan lagi. Fenomena ini seumpama barah yang semakin membesar di dalam masyarakat yang mana sekiranya tidak ditangani dengan bijak akan merosakkan nilai-nilai kemanusiaan sebenar. Fenomena ini seharusnya didepani serta ditangani dengan bijak dan bukannya dibiarkan tengelam timbul tanpa ada satu penyelesaian yang konkrit sebagai penawarnya.
Memetik kata-kata Dato’ Seri Shahrizat Jalil berhubung perkara ini, beliau yakin bahawa kita akan dapat mencari penyelesaian kepada masalah ini tanpa menyalahi undang-undang sivil mahupun syariah. Ini adalah isu yang perlu didepani dan bukannya didiamkan (Sunday Mail, 11/12/05).
Isu Mak Nyah ini kembali hangat selepas Jessie Chung yang dilahirkan sebagai lelaki dan kemudiannya menjalani pembedahan tukar jantina telah berkahwin dengan “suaminya” Joshua Beh, 13 November lalu di Kuching, Sarawak. Perkahwinan ini mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa. Perkahwinan ini jelas termasuk dalam kategori perkahwinan yang tidak sah di bawah Seksyen 69 (d), Law Reform (Divorce and Marriage) Act 1976. Jessie Chung masih dikira sebagai lelaki di atas fakta yang menunjukkan beliau lahir secara biologinya lelaki. Malaysia tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan tidak membenarkan pembedahan jantina dilakukan di negara ini selepas fatwa yang digazetkan pada tahun 1983 berhubung pembedahan jantina. Reaksi awal Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang terang menolak terus perkahwinan sejenis berhubung perkahwinan Jessie itu telah membuktikan kerajaan tidak mengiktiraf sama sekali kewujudan kelompok Mak Nyah dan perkahwinan seumpama itu.
Namun, perkahwinan tersebut membawa beberapa signifikan yang perlu dianalisis secara kritis. Ia menampakkan kebangkitan kelompok ini untuk mendapat pengiktirafan daripada kerajaan dan masyarakat. Malah, laporan akhbar tempatan yang mewawancara beberapa orang Mak Nyah sejurus kehangatan isu perkahwinan Jessie Chung menunjukkan mereka bangga dengan perkahwinan itu dan meminta supaya masyarakat untuk mengiktiraf mereka dengan menghapuskan prejudis terhadap mereka. Mereka juga turut meminta pengiktirafan kerajaan dengan memohon jantina mereka di dalam kad pengenalan ditukar daripada lelaki kepada perempuan.
Kelompok ini semakin berani tampil di hadapan umum berpakaian dan berlagak seperti perempuan untuk mendapatkan pengiktirafan masyarakat dan kerajaan atas nama hak asasi manusia yang terlencong daripada norma hidup manusia sebenar. Usaha mereka ini akan terus bangkit sekiranya isu ini tiada tindakan susulan yang tegas diambil oleh kerajaan di dalam menyelesaikannya secara konkrit. Malah, kelompok ini akan terus berusaha mendapat perhatian dan simpati seterusnya pengikitrafan masyarakat sekiranya masyarakat tidak peka dan mengambil enteng fenomena luar biasa ini. Kelompok ini akan terus berusaha supaya Mak Nyah ini diterima sebagai salah satu gaya hidup di Malaysia seperti mana budaya ‘gay’ dan ‘lesbian’ telah diterima sebagai satu gaya hidup di dunia Barat.
“Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. telah melaknat orang lelaki yang meniru pakaian perempuan dan orang perempuan memakai pakaian lelaki” (H.R. Abu Dawud) (Riadhus Solihin, Jilid 2, ms491).
Fenomena Mak Nyah ini merupakan salah satu penyakit mental yang disebabkan oleh faktor dalaman seperti hormon dan pendidikan awal dan faktor luaran seperti pengaruh persekitaran. Penyakit ini semakin menular di kalangan generasi belia hari ini khususnya di kalangan siswa IPT seluruh negara. Sekiranya anda bertanya kepada siswa-siswi hari ini, mereka akan mengesahkan kewujudan kelompok Mak Nyah di dalam komuniti IPT di seluruh negara. Kuantiti kelompok ini akan menjadi lebih besar sekiranya diambil kira mereka yang sudah berada di lapangan masyarakat dan yang masih di peringkat sekolah menengah.
Prof. Datuk Paduka Dr. Khairuddin Yusuf seorang ahli ‘gynaecology’ ada menyatakan status jantina kelompok ini perlu diserahkan kepada ahli perubatan. Sekiranya hormon perempuan adalah lebih, maka perempuanlah ia sekalipun secara biologinya lahir sebagai lelaki. (Sunday Mail, 11/12/05)
Kenyataan Prof. Datuk Paduka Dr. Khairuddin Yusuf perlu dinilai secara adil. Namun untuk mengiktiraf kewujudan kelompok Mak Nyah atau membenarkan pembedahan jantina adalah tidak munasabah dan jauh daripada rasional umat manusia secara undang-undang apatah lagi agama. Pembedahan jantina mahupun pengiktirafan kewujudan kelompok Mak Nyah di dalam masyarakat kita bukanlah satu penawar yang munasabah kepada penyakit ini malah bertentanagan dengan nilai kemanusiaan dan keagamaan. Biarpun hormon perempuan adalah lebih di dalam tubuh seorang lelaki, tidak memungkinnya untuk dikira sebagai perempuan.
Kelompok Mak Nyah harus diletakkan di dalam terapi khusus oleh pihak-pihak berkaitan yang bertanggungjawab untuk mengembalikan keyakinan mereka sebagai lelaki. Dalam pada masa yang sama, masyarakat harus memberikan sokongan dan dorongan positif untuk mereka berubah dan sembuh daripada penyakit Mak Nyah yang dihidapi. Suasana sekarang menampakkan masyarakat lebih cenderung untuk mengasingkan mereka dari masyarakat ramai. Ini hanya akan menyebabkan mereka terbenam lebih jauh di dalam penyakit ini. Oleh itu, masyarakat perlu berusaha bersama untuk memberikan persekitaran yang sihat untuk kejayaan terapi ini.
Kerajaan juga perlu mendepani isu Mak Nyah ini secara terus. Bukan dengan menenggelamkan isu ini tanpa apa-apa penyelesaian konkrit. Kerana ia pasti dan pasti akan timbul lagi selagi tidak ditangani untuk penyelesaian selamanya.
Kelompok Mak Nya harus diberikan peluang bukan untuk diiktiraf tetapi untuk disembuhkan daripada penyakit luarbiasa yang menghantui diri mereka. Bersama kita pelihara nilai-nilai kemanusiaan yang sebenar daripada tercemar dengan penyakit-penyakit yang luar daripada normal tabii kemanusiaan.

Comments