Ke Mana Menghilang?

ooi...
ke mana kau menghilang?
penat sudah aku bermusafir,
menjadi dagang negeri orang,
konon mahu ketemu mu,
orang sekampungan,
buat sama-sama berjuang,
mencari cahaya di hujung jalan,
buat panduna sampai ke garisan,

ooi...
ke mana kau menghilang?
aku susah di sana-sini,
serak-serak suara berteriak,
memanggil mu kembali,
buat sekali kita berjalan,
sama-sama demi anak kampung sendiri,

ooi...
ke mana kau menghilang?
bukan kah dulu kau sekali,
berhujah berkobar berapi-api,
dengan orang kampung kau berjanji,
agar kau kembali nanti,
pembawa harapan mengota janji,
menumpas raja di kayangan,
bersemayam menindas diri-diri,

ooi...
ke mana kau menghilang?
penat sudah aku mencari,
serik sudah aku berkejar sana-sini,
sakit tekak mencari-cari,
apakah aku tinggal seorang?
kau biarkan diri ini sendiri?

ooi...
ke mana kau menghilang?
jika betul kau sudah lari,
jangan beriku harapan menunggumu lagi,
orang kampung menanti-nanti,
tidak dapat aku mengkhianati janji,
raja zalim raja disanggah,
biar aku yang merajai...


law itd
5/1/06
1 comment