Kebobrokan Sosial: Pendedahan Demi Pendedahan

Kehadiran KOSMO! Di persada media nasional semakin merancakkan lagi saluran penerimaan maklumat di lapangan masyarakat. Pada awal pelancaran akhbar ini, penulis tidak menjangkakan apa-apa kesan yang bakal terhasil daripada akhbar kompak ini. Melainkan hanya sebagai salah satu lagi akhbar jentera media parti pemerintah untuk membina imej positif. Namun pada hari ini, penulis akui jangkaan penulis bukanlah salah tetapi tidak 100% betul.

KOSMO! Tampil sebagai sebuah akhbar yang lebih bebas sifatnya berbanding dengan mana-mana akhbar utama berbahasa Malaysia yang lain. Jika sebelum ini, kelihatan makalah MASTIKA berseorangan di dalam membuat pendedahan demi pendedahan kebobrokan sosial masyarakat pada hari ini, KOSMO! Timbul membantu di tengah-tengah usaha murni demi kebenaran yang tersirat di sebalik keamanan dan keharmonian yang diungkapkan selama ini.

Isu-isu Black Metal, perhubungan sejenis, Mak Nyah dan lain-lain seperti yang didedahkan MASTIKA tampak sunyi daripada perhatian masyarakat kebanyakana, kerana pembaca MASTIKA terhad. Namun, kehadiran KOSMO! yang merupakan akhbar harian dengan harga murah telah menyampaikan isu-isu hangat ini terus kepada masyarakat. Berita-berita panas yang didedahkan oleh MASTIKA sebelum ini disahkan dan diperkuatkan lagi dengan peranan yang dimainkan KOSMO!

Jelas isu Black Metal telah mendapat perhatian masyarakat secara serius sehingga membawa isu ini untuk difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Peranan NGO-NGO seperti ABIM dan PKPIM di dalam mengwar-warkan isu ini tidak dapat dinafikan. Namun, kredit utama harus diberi kepada MASTIKA yang menjadi sumber utama pelopor isu ini demi kebaikan generasi akan datang. KOSMO! bergerak bijak dengan memainakan isu ini lantas dipandang secara serius oleh kerajaan malah sudah difatwakan Haram oleh majlis fatwa kebangsaan. Isu Black Metal yang sememangnya amat berbahaya bukan sahaja kepada akidah agama, malahn membawa keburukan besar yang tidak dapat dibayangkan terhadap perkembangan masyarakat di dalam jangkamasa 10 ke 15 tahun mendatang.

Isu lain seumpama perhubungan sejenis dan Mak Nyah juga, pada penulis sedang diperhatikan secara serius oleh masyarakat dan kerajaan sendiri berhubung pendedahan secara wawancara dan bukti bergambar akan golongan bangsat seumpama ini. Bergerak atas dasar kebebasan individu sehingga membelakangi ajaran agama jelas menunjukkan memang wujud golongan yang suadh terpengaruh malah menajadikan budaya Barat sebagai budaya amalan di rantau Timur ini. Malaysia yang mengaku sebagai sebuah Negara Islam tidak harus berdiam diri dan membiarkan isu ini tenggelam timbul Ia harus didepani dan diseleasikan dengan keputusan yang konkrit. KOSMO! merupakan harapan utama di dalam membawa isu ini untuk difahami dan dinilai secara seimbang oleh masyarakat demi memelihara nilai-nilai mulia agama dan adab budaya ketimuran yang kita jaga selama ini.

Di dalam menerima maklumat-maklumat yang menakutkan melalui pendedahan demi pendedahan oleh KOSMO! tentang keruntuhan sosial masyakarat hari ini, perlu difikirkan bersama apakah ertinya keamanan dan keharmonian yang dicangkan kepada masyarakat sehingga ke hari ini? Sekiranya pada hakikatnya, kita sebenarnya menuju kepada kehancuran nilai sebagai manusia.

Di sebalik momokan-momokan keamanan dan keharmonian yang hanya bersifat luaran, di dalamnya masyakat kita sedang menderita dengan seribu macam penyakit sosial yang kita bawa masuk daripada masyarakat rosak di Barat yang sudah lama dikenali sebagai golongan yang beragama tetapi tidak berTuhan. Semua penyakit-penyakit sosial ini dengan senang hati kita bawa masuk untuk diterima secara langsung oleh masyarakat malah dipromosi secara hebat. Lihat sahaja bagaimana Hari Kekasih 14 Februari yang lepas dipromosi melalui akhbar-akhbar utama saban tahun. Walaupun memang ada rencana-rencana yang memuatkan fakta berhubung dengan Hari Kekasih daripada kaca mata agama, tetapi di dalam masa yang sama isi akhbar yang lain terus mempromosi Hari Kekasih ini. Jadi apakah tujuan rencana tersebut di dalam akhbar sekiranya pada masa yang sama iklan-iklan yang dipaparkan merujuk kepada meraikan hari ini.

Apakah aman dan harmoni sekiranya masyarakat terus-menerus dibimbangi dengan masalah-masalah sosial ini? Bagi yang prihatin, tentu sahaja meraka risau akan masa depan yang akan dilalui oleh anak cucu generasi mereka mendatang. Tetapi mungkin juga ada golongan masyarakat yang tidak hirau malah tidak kisah atas apa yang berlaku asalakan mereka hidup senang berduit untuk berhibur.

Persoalan kembali kepada masyarakat, samada untuk menilai kebenaran di sebalik pendedahan-pendedahan yang dipaparkan oleh akhbar semasa khususnya KOSMO! Makalah-makalah di Malaysia juga harus mencontohi MASTIKA supaya tidak hanya membekalkan pembaca dengan kisah-kisah tahyul dan khurafat tetapi perlu lebih bertanggungjawab di dalam mendidik masyarakat untuk menjadi lebih matang. KOSMO! sebagai akhbar muda yang berjiwa rakyat harus mendahului usaha ini demi keamana dan keharmonian Negara yang sejati. Teruskan Perjuangan !

Comments