Perjalanan Ini


Kehidupan ini perjalanan panjang, tetapi berlalu singkat. Adakala sedar dan adakala tidak, kita sudah sampai di hujung perjalanan. Sudah nampak papan tanda hala tujuan. Di hadapan sudah luas terbentang padang himpunan setiap yang berjalan. Dan kebanyakan kita merasa sesal tatkala sampai. Ada yang mahu patah kembali ke pangkal, mula kembali perjalanan. Ada juga yang mahu mula di pertengahan kerana silap pilih laluan. Tapi sampai tetap sampai, kembali tidak mungkin ada di dalam pilihan.

Sudah biasa dengan peribahasa? ...Nasi sudah jadi bubur... waktu ini baru teringatkan, peribahasa yang sudah lama disimpan di ingatan. Tetapi lapuk tidak diiktibar sepanjang perjalanan.

Mungkin juga ada yang berjalan baru seharian, ada juga yang sudah setengan zaman. Kerana jalan perjalanan, sudah ditentu buat setiap yang berjalan. Cuma kebebasan yang diberi untuk memilih laluan buat sampai ke tujuan. Kenapa mahu pilih laluan yang berputar-putar sedang sudah ada yang lurus nampak bagus. Kenapa mahu pilih yang bersimpang-simpang sedang sudah ada laluan yang senang.

Tapi belum pasti lagi. Yang lurus bagus itu menghala ke terus. Barangkali terus sahaja sesat tidak sampai-sampai perjalanan. Yang senang juga hanya di perjalanan. Barangkali tatkala sampai rupanya susah tak terduga. Jadi apakah perjalanan kita? ikut laluan yang mana?

Kerana itu, ada yang bermula awal. Kemudian ada yang lain mengekor. Ada yang menunggu di tepi, mananti teman berjalan tak sunyi. Perjalanan ini bukan dilalui sendiri, tetapi berarak ramai tak terperi. Tinggal memilih teman-teman sejati, dipercayai. Buat membimbing diri, sepanjang perjalanan ini. Masih mahuka seorang-seorang berjalan lagi?

Tidak dapat tidak, mahu tidak mahu, nak atau tak nak, tangan-tangan harus digari, hati-hati mesti diikat rapi, sama-sama kita lalaui perjalanan ini. Jika sesat, masih ada yang di pangkal buat minta pertolongan. Tarik kembali ke pengkalan. Jika terlepas, tidak jauh lagi berpisah, boleh lagi dikejar kukuhkan sambungan. Kita ikut yang paling depan. Teman yang paling berpengalaman melalaui perjalanan, kita berpegangan tangan, hingga sampai ke padang tujuan.

Perjalanan harus diteruskan...

Comments