Sarawak Hangat dan Panas !!!
Hangat dan Panas... rasanya itulah perkataan yang dapat menggambarkan suasana politik di Sarawak ketika ini. Pilihanraya Negeri bakal berlangsung tahun ini, cuma persoalannya bila? Jawapannya hanya pada Taib Mahmud.
Mandat kerajaan negeri pimpinan beliau bakal tamat November ini. Maka PRN merupakan wadah utama yang mecorak kepimpinan negeri dalam 5 tahun mendatang. Terlalu banyak spekulasi ditambah dengan petunjuk-petunjuk jelas yang dizahirkan. Lihat sahaja bagaimana Adenan Satem melepaskan jawatannya di Kerajaan Pusat, Lawatan peribadi PM menziarahi Taib malah turut mengetuai satu gotong-royong di SHOAW. Semua ini petunjuk yang yang boleh diambil kira di dalam membuat ramalan-ramalan politik Sarawak. Penulis memang bukan seorang peramal, cuma mampu melihat daripada kaca mata jernih seorang rakyat Sarawak yang mempunyai kesedaran akan peri-penting PRN tahun ini.
Mungkinkah Sarawak bakal bergelap lagi di malam pengiraan undi? Kekalkah Taib sebagai KM Sarawak buat 5 tahun lagi? Apakah posisi Adenan Satem sekembalinya ke pangkuan negeri? Apa nasib Abang Jo dengan kehadiran Adenan Satem kembali mewarnai politik negeri? Mampukah PBB menguasai semua kerusi negeri setelah 2 kali berturut-turt 2 kerusinya jatuh ke tangan DAP dan BEBAS? Semua ini persoalan-persoalan hangat yang hanya akan terjawab melalu PRN.
Comments