KOSMO! Tersasar Hala
Penulis di dalam penulisan yang lepas memuji melangit akhbar kompak KOSMO! di atas peranan yang dimainkan di dalam mendedahkan kebobrokan sosial masyarakat kini. Daripada isu-isu yang didedahkan, mencerminkan sedikit kebebasan media melalui ketelusan KOSMO! di dalam mengkhabarkan rakyat tentang isu-isu yang suatu masa dahulu agak sensitif dibicarakan di peringkat umum. Contohnya isu-isu yang berkaitan dengan seksualiti.
Namun kali ini, penulis ingin membuka bicara juga berkaitan dengan KOSMO! sebagai teguran yang boleh dipertimbangkan di dalam memandu hala kebebasan media supaya lebih bertanggungjawab.
KOSMO! jelas di mata umum, memaparkan di muka depan isu-isu rakyat yang adakalanya amat mengejutkan di dalam isu seksualiti. Ini kerana tidak pernah dada akhbar utama di Malaysia mendedahkan isu-isu seumpama sebelum ini. Mungkin atas dasar menjaga keamanan dan keharmonian seperti yang dicanangkan oleh kerajaan dengan cara mendiamkan mana-mana isu yang tidak menunjukkan keamanan dan keharmonian negara. Contohnya apabila isu-isu perhubungan sejenis, Mak Nyah, pelacuran dan sebagainya yang apabila didedahkan telah mengejutkan hati-hati rakyat umumnya di atas kegentingan isu ini pada hakikat sebenarnya. Penulis menyokong usaha ini atas dasar untuk memberi kesedaran dan keinsafan buat rakyat supaya lebih bersifat peduli di atas isu-isu genting seperti ini yang berlaku di sekitaran mereka. Maka atas dasar kesedaran dan keinsafan, rakyat boleh berfikir dan menghasilkan suatu tindakan untuk membanteras isu-isu ini.
Tetapi, setelah pemantauan dan penilaian yang dibuat di dalam jangkamasa yang ditetapkan, selain daripada beberapa siri perbincangan dan perbahasan ilmiah, maka penulis menyimpulkan pula bahawa kebebasan KOSMO! di dalam mendedahkan isu-isu ini telah semakin tersasar arah. Bukan kerana hanya kerana laporan muka depan, tetapi isi akhbarnya secara keseluruhan. KOSMO! di samping mendedahkan isu-isu ini telah, samada secara sedar mahupun tidak turut menyiarkan isi akhbar yang tampak menyajikan rakyat dengan isi-isi berita yang boleh menyemarakkan keghairahan seksualiti rakyat. Bak menyorong bantal kepada orang yang mengantuk, isi-isi yang bersifat seksual disajikan secara berlebihan. Sebagai contoh, berita-berita artis masakini samada di dalam mahupun luar negara diserikan dengan gambar-gambar mereka yang menjolok mata.
Penulis ingin memfokuskan penulisan kepada berita-berita artis yang disajikan oleh KOSMO! yang hampir setiap hari disajikan kepada rakyat di dalam akhbarnya. Mungkin, pada dasarnya bertujuan untuk mengkhabarkan rakyat tentang perkembangan semasa dunia hiburan, tetapi cara yang digunakan adalah agak keterlaluan.
Kita sememangnya mendukung kebebasan media atas tujuan menjaga hak rakyat untuk mendapatkan informasi-informasi terkini yang benar. Namun, kebebasan harus disertai dengan tanggungjawab sosial. Maksudnya, kebebasan-kebebasan di atas nama hak asasai manusia, tidak boleh mengesampingkan tanggungjawab yang dimainkan terhadap perkembangan sosial sekitaran sekiranya kebebasan-kebebasan tersebut diguna.
Maksud tanggungjawab sosial di sini ialah, tanggungjawab untuk menjamin kebebasan yang diguna tidak memberi kesan negatif terhadap rakyat. Rakyat perlu dididik untuk menjadi seorang yang cemerlang daya intelektual dan penampilan sakhsiahnya. Maka, pada hemat penulis, adalah tidak wajar untuk menyajikan rakyat dengan hiburan mahupun berita-berita hiburan yang keterlaluan khususnya gambar-gambar melampau yang disajikan di dalam akhbar. Kerana umum mengetahui bahawa hiburan-hiburan masa kini telah memberi impak negatif dengan menjadikan rakyat bersifat tidak peduli dengan hal-ehwal kehidupan semasa kerana dikaburi dengan budaya hedonisme ataupun hiburan terlampau. Media harus lebih peka dengan tanggungjawab di dalam memastikan perkembangan sosial sekitan tidak tersalah arah.
Maka tanggungjawab sosial ini perlulah dipegang teguh oleh media-media yang menggunakan hak mereka untuk bebas di dalam media.
Penulis mengambil contoh akhbar kompak KOSMO! di dalam penulisan ini atas dasar hemat penulis bahawa KOSMO! mempunyai kekuatan tersendiri berbanding akhbar kompak yang lain. Namun tidak bererti bahawa isu yang dibicarakan merujuk sepenuhnya kepada KOSMO! kerana penulis yakin dan percaya terdapat akhbar-akhbar kompak lain yang lebih melampau sifatnya di dalam isu ini. KOSMO! yang baru memasuki pasaran nasional harus dipleihara supaya tidak tersasar hala.

Comments