Sedih dan Pilu... Kecewa dan Sengsara

Hati ini sedih dan pilu... Bagai keluar air tangis hati ini dari mata zahirku. Kecewa dan sengsara melihat adik-adik sepersekolahanku melalui hidup tidak berbimbingan. Ke mana pergi Guru? Ke mana pergi Ustaz? Ke mana pergi Pengetua? Ke mana...?
Hati ini sedih dan pilu... Bagai robek dada yang menyimpan hati bungkam. Kecewa dan sengsara seolah merela adik-adik sepersekolahanku jatuh satu demi satu ke dalam lubang-lubang gelap yang dalam tak berperhujungan. Ke mana pergi Pendidikan? Ke mana pergi institusi Keluarga? Ke mana pergi ajaran Agama?
Hati ini sedih dan pilu... Bagai dihiris luka-luka hati ini dengan pedang neraka. Kecewa dan sengsara kerana aku di sini masih tidak mampu berbuat apa-apa...
Demi adik-adik sepersekolahan tercinta demi Agama...

Comments