Kolokium Pembangunan Insan SMSK
Sejurus selepas jam berdetik pukul 5 petang, hari Khamis tanggal 11 Mei 2006, penulis meluru keluar daripada pejabat Mahkamah Rendah Syariah Kuching selepas bersalam-salaman terima kasih dengan senior-senior sepejabat. Hari ini merupakan hari terakhir penulis menjalankan latihan praktikal selama sebulan di sini.
Penulis harus segera kembali ke rumah untuk bersiap-siap ke Matang Wildlife Centre yang terletak lebih kurang 25 kilometer daripada Kuching untuk hadir sebagai fasilitator program Kolokium Pembangunan Insan Sekolah Menengah Sains Kuching selama 3 hari 2 malam.
Perjalanan penulis ke tapak program hanya dapat dimulai selepas Maghrib bersama dengan Razak Bahtrem, seorang teman yang turut bergegas ke sana sebagai fasilitator. Kami menaiki motorsikal dengan harapan cuaca malam itu tenang suka.
Namun harapan tinggal harapan, bilamana hujan rintis-rintisan mulai turun di pertengahan perjalanan kami. Tidak lama selepas tiu, hujan menderam laju terus sajaha melenjunkan kami berdua. Di dalam keadaan jalanraya yang gelap gelita dan hujan lebat, kami berhenti seketika di Masjid mengenakan pakaian basahan. Keputusan telah dibuat, mahu tidak mahu kami harus segera sampai ke tapak program biarpan apa onaknya.

Perjalan yang sebetulnya hanya memakan masa selama 30 minit akhirnya menjadi sejam. Kami sampai ke tapak program disambut oleh gerbang besi tinggi Matang Wildlife Centre.
Penulis hanya membuka mulut selepas sampai ke tapak program. menceritakan kepada Razak betapa di dalam perjalanan tadi, aneka "wangian" yang dihidu tanda kehadiran sesuatu. Namun, perjalann harus diteruskan, itulah disepakati kami berdua.
Sesi malam itu bersama 26 peserta program sudah pun bermula. Kami tiba agak lewat. Kecewa sedikit kerana tidak dapat menyertai rakan-rakan fasilitator yang sudah sedia ada daripada awal program. Walau sepenat manapun, akhirnya terubat jua apabila bersama-sama dengan adik-adik peserta. Penat ngantuk seolah-olah hilang.
Comments