KAFI 06

Penulis membentangkan Kemahiran Pengurusan Program

Kursus Asas Fasilitator 2006
Terima kasih Tuhan... KAFI 06 berjalan lancar sepanjang 9-11 Jun lepas bertempat di Madrasah al-Falah al-Islamiyyah, Kpg. Pulo Hilir. Penulis terlibat sebagai salah seorang jurulatih kepada peserta-peserta KAFI 06 yang akan diserap masuk sebagai tenaga fasilitator terlatih di dalam Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS).
Peserta-pserta KAFI 06 kali ini didedahkan dengan kemahiran asas fasilitator di samping dididik dengan budaya fasilitator yang diamalkan di dalam PERKEPIS. Di samping itu, peserta-peserta turut dibekalkan dengan kemahiran pengurusan program untuk memeastikan mereka terlatih sebagai fasilitator serba boleh.
Konsep 5 (solat, doa, tawakkal, jemaah dan ukhuwwah) turut ditanam di dalam diri para peserta untuk memastikan mereka menjadi fasilitator yang seimbang. Selain itu, mereka juga diberikan latihan praktikal semasa program untuk memastikan setiap apa yang diberi dapat dihadam dengan baik.
Dengan izin Tuhan, mudahan KAFI 06 melahirkan tenaga fasilitator rabbaniy...

Comments