Kursus Asas Kepimpinan Belia Berpersatuan
Penulis dan rakan-rakan sekursus
Sudah agak lama penulis tidak merasai duduk di bangku peserta di dalam sesebuah program. Untuk kembali menjadi peserta sememangnya satu perasaan yang menggembirakan sekalipun pengisisan program tidaklah seberapa bagi pandangan penulis. Kerana yang lebih penting adalah peningkatan hubungan sosial penulis bersama dengan rakan sebaya daripada luar persatuan penulis selama ini.
Kursus anjuran Jabatan Belia dan Sukan Sarawak yang berlangsung di Penview Inn, Kuching sepanjang 16-18 Jun lalu tidak memperlihatkan apa-apa yang menarik kepada penulis. Kelemahan di dalam pemilihan penceramah-penceramah merupakan faktor utama kepincangan kursus tersebut. Penceramah-penceramah yang dipilih, awal-awal lagi sudah menunjukkan "1st impression" yang menyedihkan. Ada juga di antara mereka yang memperlihatkan perang usia terhadap peserta yang menjadikan jurang di antara usia semakin besar.
Kursus tersebut sudah cukup baik untuk manjadi wadah himpunan pemimpin belia sebaya, namun telah disia-siakan oleh pihak penganjur. Fasilitator-fasilitator yang mereka pilih yang kurang keyakinan diri, tidak ramah dan gagal menguasai persekitaran program menambah-burukkan lagi suasana kursus.
Namun tidaklah bererti kursus tersebut berlangsung di dalam suasana sugul. Kursus tetap berjalan lancar dan ceria dengan kehadiran watak-watak peserta yang pelbagai. Penulis tambah bersemangat apabila berkesempatan untuk berkenalan dan berdiskusi dengan rakan sebaya daripada bangsa Cina yang mewakili PBSM. Penulis kira sudah bertahun agaknya kali terakhir penulis berinteraksi dengan rakan berbangsa Cina. Penulis sendiri yang mewakili Pengakap sugguh bertuah dapat bertemu dengan rakan-rakan daripada Sekretariat Rakan Muda, Pandu Puteri dan PBSM. PERKEPIS juga turut hadir menghantar wakil di mana rata-rata mereka merupakan anak buah penulis.
Boleh penulis simpulkan di sini, jikalau bukan kerana semangat setiakawan dan keceriaan peserta-peserta ini, sudah tentu kursus ini berjalan muram. Mudahan diizinkan Tuhan, dapat kiranya bertemu dengan rakan-rakan sekursus tempoh hari..
Comments