Perkhemahan Kemahiran Kelana

Penulis bersama adik penulis sedang menyiapkan gajet "single lock bridge".
Sekembalinya daripada Kembara Bintulu 2006, penulis telah mengikuti pula Perkhemahan Kemahiran Kelana, 1-2 Jun lepas. Perkhemahan itu bertujuan untuk menguji kemahiran-kemahiran Pengakap yang ada pada setiap ahli kumpulan. Ahli-ahli kumpulan diuji kemahiran kawad kaki, membuat gajet, menghidupkan api, asas berkhemah dan banyak lagi. Sepatutnya perkhemahan kami hanya akan tamat pada 3 Jun. Tetapi oleh kerana ahli kumpulan telah pun lulus semua ujian hanya di dalam jangka masa 2 hari, perkhemahan ditamatkan lebih awal.
Dengan melepasi ujian-ujian kemahiran di dalam perkhemahan ini, penulis berjaya mendapatkan lenacana ke-3 Pengakap Kelana iaitu Lencana Kemahiran. Jadi hanya tinggal satu lagi lenacana sebelum penulis berjaya memperolehi Rambu Merah Kelana. Mudahan diizinkan Tuhan...

Comments