Bukan Sekadar Ngomelan...

Sudah lama kiranya aku tidak mengomel sendirian di sini. Ngomelan-ngomelan hidup yang aku lalu ditemani sedikit sebanyak puja cerca yang kadangnya mungkin kena pada sesetangah orang termasuk aku. Bukan maksudku untuk sekadar mengomel tanpa sebab, namun kadangnya sudah sampai bicara hati perlu ku tumpahkan biar serta alam yang mendengarnya.
Bukan sekadar ngomelan yang kini aku bawakan. mungkin kurang tapi bagiku mungkin lebih. Disimpan takut menjadi batu kedengkian. Dilepas takut jadi lahar menyakitkan.
Sudah kiranya masuk bulan ke 5, beban berat amanah yang kutanggung. Hati aku seksa menahan pedih kesakitan beban berat yang cukup menyeksakan. Hati ini tidak pernah lari walau sekejap daripada dikacau iblis syaitan. tambah lagi, hawa nafsuku sendiri yang sudah jadi tempat sarang.
Daripada berkawan jadi bencian. Dari bencian jadi musuhan. Apalah caranya untuk aku ubatkan? Jika pesakitnya juga yang menolak rawatan.
Mengaku ahli gerakan islam, namun cerminannya ibarat politikus muda mencari batu buat loncatan. Mengaku ahli gerakan pembaharuan, namun cerminannya masih membawa kedengkian zaman berzaman. Mengaku ahli gerakan islah, namun cerminannya orang lain yang dihukum diri sendiri lupa diislahkan.
Dulunya puas aku diangkat buat memimpin katanya boleh menyatukan. Namun kini apa yang benar, semakin banyak yang retak berpecahan. Dulunya puas aku dipujuk agar ke hadapan katanya suaraku didengar dapat jadi panduan. Namun kini, aku sedar rupanya aku ditipu kerana aku ini senang diperkudakan, buat mereka yang berkepentingan untuk capai maksud keduniaan. Dulunya puas aku dirujuk, katanya kataku boleh jadi pedoman. Baru kini aku sedarkan, semua itu penipuan supaya nanti aku senang disuruh-suruh supaya sampai maksud "politik jemaah".
Kalau aku undur, maka aku membenarkan kegelapan ini menguasai. Kalau aku kalah, maka aku biarkan jemaah ini rosak binasa. Kalau aku merajuk serupa saja aku anak kecil yang senang disogok gula-gula.
Ini amaran kerasku buat semua, jangan cabar hati ini dengan dunia celakamu semua. Aku tidak ambil kira yang kiranya kau berjasa atau berbudi apa sahaja... Tapi sekali belakangku kau tikam, nantikanlah kerisku aku junamkan di dada masa depan mu yang terbentang. Kerana Allah aku yakin bahawa keikhlasan itu satu-satunya cara beroleh keredhan yang dijanjikan-Nya.
Marilah manusia, kita berbaik sangka sesama kita. Ngomelan aku ini kiranya bruk sangkaku pada sesiapa aku pohon jua ampun maaf kerana tidak tertanggung hati ini menahannya. Ngomelanku anggap sahaja umum buat semua. Siapa yang makan cili, rasakanlah kepedasannya.
Marilah manusia semua, buangkanlah kepentingan diri kita. Utamakanlah kepentingan Agama, kepentingan buat semua. Kerana itu maka kita akan berjaya...

Comments