Bismillahirrahmanirrahim...

Salam.

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh...................... Dapat juga penulis luangkan masa untuk kerja-kerja penulisan blog yang sudah hampir setengah tahun penulis kesampingkan. Banyak isu-isu kontemporari yang penulis ketinggalan mengikutinya sepanjang peng'uzlah'an penulis di arena penulisan blog. Semua dek kerana masa yang sememangnya tidak mengizinkan untuk penulis berdepan dengan monitor untuk mencurahkan segala rasa hati.

Posting kali ini pun belum tentu lagi diiringi dengan posting setersnya di kala masa senggang yang penulis guna ini sekadar melepaskan rindu dendam yang sudah sekian lama tertanam untuk melayan dunia blogging. Sementara penulis masih lagi perlu berdepan dengan lima kertas peperiksaan lagi...

Apa-apa pun, sepanjang 'cuti panjang' penulis daripada menulis, ada satu perkara yang penulis sedar dan insaf dan amat penulis hargai. Iaitu ikhlas. Perkara inilah sebenarnya melambat-lambatkan penulis untuk kembali menulis tatkala insan-insan kenalan penulis sedang giat mempamerkan perkembangan penulisan masing-masing. Mujahadah penulis untuk mengekang niat menulis yang bertuhankan nafsu memakan masa yang cukup panjang. Perkara inilah juga yang mengekang penulis untuk mula belalajar silat dahulu. Bagi penulis, sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan dahulu di awalan usaha, maka rosaklah keseluruhan isi usaha tersebut.

Bersyukur kepada Tuhan kerana masih lagi memberi ruang masa kepada kita untuk kembali kepada-Nya.

Comments