Demo lagi...


Sejurus selepas solat Jumaat 2 Mac yang lepas, Demonstrasi pelajar UIAM tercetus sekali lagi. Laungan takbir bergema diselangi dengan slogan-slogan anti Israel. Demonstrasi sempena Kempen Kesedaran Al-Aqsa di UIA anjuran Persatuan Pelajar Kuliah Ekonomi, Kelab Ma'ruf, Al-Aqsa Friends Society dan Majlis Perwakilan Pelajar UIAM diadakan berikutan tindakan kerajaan haram Israel bertindak menggali lubang di bawah tapak Masjid Al-Aqsa.

Demonstrasi yang diadakan di hadapan Masjid SHAS diisi dengan ucapan berapi-api oleh wakil daripada Kelab Intelektual Muda, Kelab Ma'ruf, Al-Aqsa Friends Society dan Sdr. Zukhari, Presiden MPP UIAM. Gimik lakonan dan bacaan puisi yang menyentuh hati turut mengisi slot demonstrasi hari itu. Penulis menganggarkan lebih kurang 3,000 pelajar UIAM turut serta di dalam demonstrasi tersebut.

Penulis perlu akui, Kelab Ma'ruf memang pakar di dalam hal ehwal penganjuran demonstrasi seperti ini. Inisiatif seumpapa ini sudah menjadi lumrah dimulai oleh mereka. Sedang yang lain hanya menjadi pengikut setia sebagai tanda sokongan terhadap agenda ummat. Namun yang penulis kesalkan apabila terdengar khabar berita bahawa Quranic Youth Club menarik diri daripada turut berucap semasa demonstrasi tersebut. Alsan yang penulis dengar adalah kerana untuk mengelakkan risiko disebabkan demonstrasi yang diadakan tidak diluluskan oleh S-Dev cuma diluluskan oleh pentadbiran kuliah Ekonomi sahaja. Kenapa perlu gusar sekiranya yang kita perjuangkan adalah isu sejagat...

Namun, yang mencuit perasaan penulis apabila penggerak-penggerak demonstrasi hari itu bergambar berkumpulan sebagai kenangan penganjuran demonstrasi itu. Penulis cuba untuk mengambil gambar adegan itu untuk tatapan kita tetapi gagal. Disebabkan kehadiran penulis untuk mengambil gambar berkumpulan mereka kemungkinan tidak disenangi lalu mereka berpecah tanpa mengundahkan penulis di situ. Bagi penulis adegan itu seolah-olah membayangkan bahawa mereka menganggap penganjuran demonstari hari itu sekadar sebagai program semata.

Yang pastinya, budaya demonstrasi di UIAM pasti dan pasti tidak akan hilang selagi adanya insan-insan seperti mereka yang berada di dalam kelab Ma'ruf.

Comments