Ekspedisi Gunung Dato'
Alhamdulillah, memang berbeza kalau nak diabandingkan dengan usrah-usrah formal yang penulis ikuti di dalam PKPIM. Tidak rugi rasanya penulis istiqamah di dalam Usrah PERKEPISMA (anak-anak Sarawak) sekalipun sudah hampir lima tahun bersama dengan berjumpa di Masjid As-Syakirin KLCC setiap dua minggu sekali.
17-19 Februari lepas pun sudah cukup membuktikan betapa usrah ini tidak dihadkan hanya kepada aktiviti-aktiviti formal yang sememangnya membosankan. Seharusnya usrah bertindak sebagai sebuah keluarga yang hidup di dalam suasana informal tetapi teratur. Asal sahaja 'ibu dan bapa' nya bijak bertindak. Sepanjang 3 hari 2 malam itu, kami berkhemah di kaki Gunung Dato' di Rembau Negeri Sembilan. Pengalaman kali ini tidak dapat disamakan dengan pengalaman penulis yang sudah dua kali berkunjung di sini dengan ahli-ahli PKPIM. Kerana kali in penulis hadir dengan ahli-ahli usrah penulis yang sebenar. Kami tidak bermuka-muka, tidak berselindung, tidak ada kepentingan diri untuk ditonjolkan dan yang lebih penting kami objektif untuk menguatkan tali ukhuwwah kami.
Sepanjang ekspedisi, aktiviti yang dijalankan tidak memberatkan minda dengan pengisian panjang lebar tanpa praktikalitinya. Usrah PERKEPISMA yang dianggotai oleh pelajar-pelajar Sarawak daripada berbeza kampus dan lapisan umur menjadikan usrah ini lebih bermakna. Kerana tidak terikat dengan ikatn usrah 'seumur' mahupun 'sekampus'. Topik perbualan dan perbincangan usrah menjadi lebih menarik dan meluas. Watak-watak ahli usrah yang berbeza-beza juga menambah seri usrah ini yang sememangnya perlu diakui, penulis tidak kering gusi.
Ahli-ahli usrah terdiri daripada aktivis-aktivis sosial Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) yang berpusat di Kuching, Sarawak. Aktiviti-aktiviti di sini kebanyakan menumpukan kepada pembinaan kemahiran dan sakhsiah diri sebelum kembali berjasa kepada masyarakat di Sarawak. Tugas sebagai hamba dan khalifah disemai sebaiknya untuk memastikan ahli usrah mejadi insan yang diredhaiNya.
InshaAllah di lain masa, penulis akna menyambung kembali penulisan Ekspedisi Gunung Dato' buat tatapan semua.

Comments