UIAM: Taman Pengampu dan Hipokrit...
Jumaat lepas, Tuanku Mizan, DYMM Sultan mencemar duli berangkat ke Taman Ilmu dan Budi untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Hji Ahmad Shah (SHAS). UIAM sememangnya tampak bersedia benar menyambut kehadiran baginda tuanku setelah me.... sejak seminggu yang lalu. Masjid SHAH sendiri telah diatur rapi supaya tiada celanya sepanjang keberadaan baginda tuanku bersolat di sini.
Namun, di sebalik semua ini, penulis berasa teramat jengkel dengan sikap pentadbiran universiti mahupun Masjid SHAS sendiri. Keberangkatan baginda tuanku mencemar duli bersolat di sini tambah menampakkan hipokrasi pihak penadbiran universiti termasuklah masjid SHAS kali ini. Karenah hipokrasi mereka teramat menjelikkan mata sehingga mual perut mahu termuntah.
Manakan tidak, bertahun sudah para jemaah bersolat di atas tikar permaidani yang tak tersusun kemas. Ada yang terlipat di sana-sini, koyak di beberapa bahagian dan bergulung-gulung sehingga ada yang tersadung jatuh akibat terlanggar sewaktu berjalan.
Tetapi hanya kini, tatkala baginda tuanku berhajat mencemar duli bersolat di Masjid SHAS, barulah ada usaha untuk menyusun0atur biar selesa dan cantik. Rupa-rupanya, biarlah masjid selesa dan kemas buat bainda tuanku, barang setahun sekali datang bersolat di sini. Tetapi, biarlah para jemaah yang hampir setiap waktu, setiap hari mengimarahkan masjid menanggung ketakselesaaan. Bersabar dengan kekurangan...
Namun, ini bukan isu baginda tuanku mencemar duli bersolat di Masjid SHAS sahaja. Tetapi punya signifikan yang lebih besar. Lihat sahaja bagaimana saban tahun yang dilalui mahasiswa hari demi hari.
Lihat sahaja bagaimana para mahasiswa daripada koloj-kolej kediaman terpaksa berjalan tertunduk-tunduk melihat langkah yang dibuka untuk menuju ke kuliah, perpustakaan dan masjid di kala malam gelap. Kerana takut tersadung kaki ketika melangkah longkang mahupun menuruni tangga. Semuanya dek akibat lampu buat menerangi laluan utama di sepanjang susur gajah tak dinyalakan. Kononnya untuk berjimat. Jika alasannya berjimat, kenapa perlu ditutup lampu di laluan yang diguna hampir setiap ketika? kenapa tidak tutup sahaja lampu-lampu tembok universiti yang hanya buat hiasan mata?
Tambah menyedihkan apabila hujan turun melanda. Kononnya untuk tampak unggul dengan senibina megah, tetapi jalan yang dibuat menyusahkan para pelajar. Lihat sahaja jalan-jalan di sekitar kolej yang dibuat menggunakan bata-bata berlubang konon untuk nampak cantik, tetapi akhirnya mengotorkan seluar-seluar pelajar akibat air yang bergenang di dalamnya. Lihat sahaja terowong yang buat melintas jalan, siapa tahu rupanya terowong itu tak berlampu dan selalu sahaja dibanjiri air. Kerana sememangnya Pentadbiran universiti tidak ambil tahu!!!
Hanya ketika Pesta Convest tiba, barulah ada yang datang membaiki lampu-lampu di sekitaran yang tak menyala selama ini. Kerana Pesta Convest adalah pesta tahunan buat orang luar datang bergelendangan. Biarlah terang-benderang Taman Ilmu dan Budi ini dipancar cahaya-cahaya lampu supaya tetamu-tetamu, pelancong-pelancong dan orang-orang kehormar tahu betapa gahnya UIAM, Taman Ilmu dan Budi... Supaya mereka tidak tahu betapa seksanya kami yang menghuni taman ini bertahan dengan sikap hipokrasi seperti ini.
Bukan itu sahaja, sikap hipokrasi ini terus-terusan memperlihatkan kejahatannya. Natijahnya, mahu tidak mahu diskriminasi tetap terjadi.
Ketika pemandu-pemandu motorsikal disaman kerana menggunakan laluan pejalan kaki untuk memendekkan jarak perjalanan, mereka yang duduk berdua-duaan di tepi sungai Gombak dibarkan tanpa pengawasan.
Ketika pemandu-pemandu kenderaan disaman kerana meletak kenderaan bukan di tempat yang disediakan, tidak pula mereka sediakan atau buat penambahan tempat-tempat baru buat meletak kenderaan.
Ketika pelajar-pelajar Malaysia dilayan ibarat kucing-kucing meminta kasihan, tahu pula mereka berlembut dan bersopan ketika bersemuka dengan pelajar-pelajar luar negara dan tetamu-tetamu yang mendatangkan mereka keuntungan.
Serik... serik... serik.... sudah serik pelajar berdepan dengan hipokrasi birokrasi pentadbiran universiti. Tidak hairanlah UIAM, Taman Ilmu dan Budi menghasilkan graduan hipokrit tak beramal dengan apa yang diajarkan...
Kerana UIAM sebenarnya merupakan Taman Pengampu dan Hipokrit, universiti hipokrit ulung sepanjang zaman...

Comments