Dulu Kami Nakal Tapi Beradab... Sekarang?

Penulis berkesempatan untuk mengikuti Program Menara Gading 2007 di MRSM Lenggong hujung minggu lepas. Kehadiran penulis hanya sebagai Jurulatih untuk memantau perjalanan Latihan Dalam Kumpulan yang dipimpin oleh sekumpulan 14 orang fasilitator muda yang hebat terdiri daripada Mahasiswa Malaysian France Institute (MFI).

Di kalangan fasilitator ini adalah juga merupakan pelajar lepasan MRSM. Ada di antara mereka yang lahir daripada MRSM Beseri, MRSM Grik, MRSM Lenggong sendiri, MRSM Taiping dan tentunya penulis sendiri daripada MRSM Kuching. Kami anak-anak sains MARA (ANSARA), tidak mengambil masa yang lama untuk berinteraksi seolah sudah lama berkenalan. Keserasian timbul tatkala memori alam sekolah menengah jadi topik perbualan. Malah turut menarik minat kawan-kawan mereka yang lain untuk turut berkongsi pengalaman.

Namun, apa yang menarik perhatian di dalam banyak perbulana kami apabila menyentuh tentang perbandingan kenakalan kami (pelajar-pelajar sekolah menengah era 90-an dan awal milenium) dan kenakalan pelajar-pelajar sekolah menengah dewsa ini khususnya di kalangan mereka yang belajar di MRSM. Kami sepakat untuk bersetuju bahawa kenakalan pelajar-pelajar hari ini cukup berbeza dengan kenakalan kami.

Memang kami tidak dapat lari daripada sikap nakal tatkala melalui usia remaja yang sememangnya gatal untuk mencuba. Kami nakal kerana pernah "fly", kami nakal kerana pernah menonton "wrestling" selepas waktu "light off", kami nakal kerana pernah membuli "junior" dan banyak lagi kisah-kisah nakal yang tak habis-habis dulang cerita apabila bertemu sahabat handai sepersekolahan. Kami tahu kami nakal, tetapi tidak pernah sama sekali kami melayan para guru kami ibarat kucing merempat! Tidak pernah kami menampar guru kami ibarat menampar lalat! Tidak pernah kami menyimpan dendam terhadap guru kami sehingga membuang hormat kami terhadap mereka!

Namun sekarang... guru-guru bukan sahaja di MRSM Lenggong, bukan sahaja di MRSM Kuching bahkan mungkin serata Malaysia, bukan sahaja pelajar-pelajar kekal dengan kenakalan remaja mereka tetapi turut hilang adab mereka!

Hilang adab hormat mereka!
Hilang adab penyantun mereka!
Hilang adabberguru mereka!


Penulis saban tahun akan melapor diri ke sekolah lama penulis iaitu MRSM Kuching untuk berkongsi pengalaman dan kasih sayang dengan pelajar-pelajar sekarang. Namun, tahun ini penulis rasa muak untuk kembali bertemu dengan wajah-wajah pelajar yang cukup mendukacitakan... Wajah mereka gelap kerana sudah hilang adab seorang insan di wajah-wajah mereka!

Guru-guru penulis sudah acap kali mengadu betapa tidak beradabnya pelajar-pelajar sekarang sehingga ke tahap guru pula yang memberi salam kepada para pelajar apakala mereka terserempak di perjalanan! Lihat lah betapa pelajar sekarang hilang adab mereka!

Penulis tambah kecewa apabila guru-guru penulis menyatakan sudang hilang harap dan hilang semangat untuk mendidik pelajar-pelajar sekarang. Mereka hanya mapu ntuk mengajar sahaja...

Jika dahulu, penulis dan ramai sahabat handai sepersekolahan selesa dan senang duduk-duduk berbincang apa sahaja dengan guru-guru kami daripada Isya' sehingga ke Subuh, tetapi sekarang tidak lagi. Apa tidaknya, berjumpa guru-guru di luar waktu kelas pun sudah menjadi satu perkara yang membosankan buat pelajar-pelajar sekarang!!!

BACALAH LUAHAN INI WAHAI PELAJAR!!! kerana kau akan menyesal apakala sesalan itu tidak kau mulai sekarang!

Comments