Sendawa dalam Solat

Pernah atau tidak, sedang anda menunaikan solat secara berjemaah, ahli jemaah di sebelah anda sendawa tidak berhenti? Tambah menjelikkan lagi apabila sendawanya berbau belacan, ayam goreng atau durian! Lebih menyakitkan hati apabila sendawanya itu dibuat-buat (dengan cara menarik nafas ke dalam saluran pernafasan dan mengeluarkannya kembali beserta dengan bau-baunya sekali).

Bukan sekali dua penulis berdepan dengan pengalaman seperti ini. Solat yang seharusnya ditunaikan dengan kekhusyukan, namun dicemari dengan sikap segelintir daripada umat seperti ini. Tanpa menghiraukan “pengalaman buruk” yang ditempuhi oleh ahli jemaah yang bersolat di sebelah menyebelahnya, mereka ini tanpa segan silu sendawa dan mengeluarkan segalam macam jenis bauan yang tidak menyenangkan untuk dihidu oleh ahli jemaah lain.

Penulis tiada masalah sekiranya ia hanya berlaku sekali kerana mungkin ia tidak disengajakan. Namun apabila sendawa sudah berkali-kali dan dengan terang sendawa itu dibuat-buat, maka tiada ruang lagi di hati penulis untuk menerima tindakan yang tak beradab seperti ini. Bukan sahaja ia menganggu kosentrasi solat ahli jemaah lain bahkan tindakan itu seolah-olah tidak menjaga adab di dalam solat itu sendiri ketika sedang berhadapn dengan Allah s.w.t.

Jika anda merupakan salah seorang daripada mereka, HENTIKANLAH!

Comments