Hari Hak Asasi Mahasiswa '07: Kuasa Mahasiswa, Kuasa Perubahan
Penulis diamanahkan untuk mewakili PKPIM untuk menghadiri dan berucap di dalam majlis sambutan Hari Hak Asasi Mahasiswa '07 yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur pada 8 Jun lepas. Pertamanya, penulis ucapkan tahniah di atas penganjuran tersebut yang berjaya menghimpunkan kira-kira (secara kasar) 200-300 orang mahasiswa daripada pelbagai universiti pada malam itu. "Kuasa Mahasiswa, Kuasa Perubahan" menjadi tema untuk sambutan Hari Hak Asasi Mahasiswa tahun ini. Sambutan diadakan saban tahun pada 8 Jun yang diisytiharkan (secara tidak rasmi) oleh kelompok mahasiswa yang dilabel sebagai pro-pembangkang oleh kerajaan.
Penulis memberikan impresi positif tatkala melangkah masuk ke tapak program dianjurkan bersama dengan sahabat penulis. Lebih-lebih lagi mata penulis terpaku ke meja jualan buku-buku terbitan SIRD, JERIT, IKD dan pelbagai lagi penerbit yang jarang-jarang didapati di pasaran terbuka. Sayangnya, kesempitan wang yang sedang penulis lalui pada ketika ini amat mengecewakan penulis pada malam itu. Dengan paparan pameran informasi ISA, AUKU, OSA dan 'kezaliman' dan 'kebatilan' kerajaan Malaysia hari ini sememangnya melayakkan mereka untuk dilabel sebagai pembangkang oleh kerjaan. Namun, penulis lebih senang melabel diri kami semua sebagai pembangkang yang benar!
Program dimulai dengan tayanag imbas kembali detik-detik mula wujudnya hari seumpama yang disambut pada malam itu. Gambar-gambar penahanan mahasiswa yang terlibat di dalam peristiwa ISA 7 pada tahun 2001 yang ditayang dengan "caption" provokasi sekadar bermain dengan emosi penonton. Juga menayangkan susur sejarah kes tersebut dibicarakan yang sehingga ke hari ini belum lagi selesai.
Ucapan Nezeri Yunus sebagi Pengerusi SMM mengalukan kehadiran mahasiswa pada malam itu diikuti dengan ucapan-ucapan daripada wakil atau pemimpin persatuan pelajar/mahasiswa yang sehati sejiwa di dalam arus perdana perjuangan mahasiswa hari ini. Dimulai dengan GAMIS, DEMA, UMANY, KARISMA, FNB, JKMI dan tentu sekali PKPIM. Begitu ramai yang berucap pada malam itu tambahan pula dengan ketidakfasihan di dalam Bahasa Malaysia membuatkan penulis bosan dan agak meluat dengan hamburan ucapan yang penulis kira sebagai tidak membina untuk mencapai objektif penganjuran program pada malam itu. Ia hanya sekadar untum meraih tepukan, laungan dan ketawa sinis hadirin menyindir subjek yang disebutkan.
Tambahan pula, penulis selaku wakil PKPIM amat terasa tercabar dengan tindakan pihak penganjur yang meminta penulis untuk membacakan ucapan berlegar sekitar isu AUKU yang rupanya sudah tersedia. Tidak menjadi masalah untuk penulis sekiranya diarahkan membaca ucapan yang disediakan untuk menjimatkan masa. Namun, yang mencabar prinsip penulis di dalam mewakili PKPIM apabila disuruh untuk membaca perenggan menyokong MANSUHKAN AUKU! terang-terang pihak penganjur bersikap tidak profesional di dalam menangani perbezaan yang timbul di kalangan ahli badan gabungannya. SMM sudah maklum dan jelas dari dahulu sehingga kini, PKPIM tidak menyokong untuk pemansuhan AUKU, PKPIM cuma menyokong beberapa Seksyen yang terdapat di dalam AUKU yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dipinda.
Justeru, penulis kekal dengan prinsip yang didukung, tidak langsung menyentuh sebarang ayat yang menjurus ke arah menyokong pemansuhan AUKU tetapi sekadar berbicara di mana yang patut sambil menapis ucapan yang tersedia sambil membacanya. Tentu sahaja sangat sukar! Namun, demi untuk menghormati pihak penganjur dan majlis, tidak juga penulis kesampingkan teks ucapan yang disediakan.
Namun, tidak bermakna kerjasama tidak boleh dibuat. Maka PKPIM hadir di program tersebut sudah membuktikan betapa PKPIM mengalukan kerjasama di dalam perjuangan mahasiswa yang amat perlu dipupuk dan diteruskan namun, perlulah dilaksanakan dengan sikap hormat dan terhormat.
Kuasa Mahasiswa, Kuasa Perubahan... sememangnya benar. Jika tidak, masakan juga timbul frasa-frasa seperti generasi muda pewaris negara, mahasiswa sebagai kuasa ke-3 dan segala macam. Ini menunjukkan betaap peranan mahasiswa amat perlu diperkasa dan diperhebat untuk memastikan natijah akhirnya, negara kita juga yang merasai akan perubahan oleh generasi mahasiswa ini. Perubahan adalah suatu yang pasti dan perlu.
InshaAllah di masa lain, akan penulis hasilkan penulisan khas membicarakan topik Kuasa Mahasiswa, Kuasa Perubahan daripada perspektif penulis.

Comments
Ya, saya menyokong tindakan saudara untuk sama-sama hadir dalam progam hak mahasiswa yang dianjurkan tersebut. Apatah lagi saya kagum dengan prinsip yang ada pada PKPIM dalam perjuangan isu AUKU ini. Ya, sememangnya kita, seharusnya ada 'timbal-balik' dalam beberapa seksyen yang terkandung dalam AUKU. Cumanya tidak perlu dimansuhkan, ia pelu diperhalusi dan diperbaiki strukturnya, Hidup Mahasiswa ( Bekas Mahasiswa )