Ingatan Buat Orang Muda, Jangan Mengada!
Sempena forum anjuran DAP esok, ada baik kiranya penulis utarakan ingatan buat orang-orang muda yang akan ke sana. Mesej penulis ringkas sahaja; JANGAN MENGADA!
Sememangnya forum esok nampak berat sebelah. lebih-lebih lagi apabila pada mulanya Sdr. Yusri Mohd. sahaja yang bertindak selaku wakil Islam. Walaupun perkembangan hari ini menampakkan pertambahan dua lagi panelis yang juga adalah Muslim iaitu Khalid Ibrahim dan Dr. Azmi Sharom, tapi penulis tidak dapat menyembunyikan kegusaran penulis akan niat sebenar penganjur di dalam menganjurkan forum tersebut.
Lebih-lebih lagi apabila DAP membariskan para pemuka Hak Asasi Manusia (*daripada kacamata Atheis) dan pemuka bukan Islam sebagai barisan panelis. Penulis bukan meragui kredibiliti Sdr. Yusri Mohd. yang sudah acap kali mengejutkan orang sekelilingnya di sebalik perwatakan sederhananya, tetapi apa yang penulis ragui adalah niat penagnjuran forum tersebut.
Biarpun, Khalid Ibrahim dan Dr. Azmi Sharom tampil sebagai dua lagi wakil Islam di dalam forum tersebut, tetapi tidak dapat kita ketepikan fakta bahawa Khalid Ibrahim itu adalah politikus! dan Dr. Azmi Sharom yang memberikan persepsi pertama kepada penulis untuk melabelnya sebagai seorang yang kritikal namun ada di sudut hati penulis mengatakan bahawa dirinya adalah seorang yang cenderung kepada fahaman sosialis. Jadi, di dalam forum ini, boleh penulis simpulkan, kehadiran mereka berdua mungkin hanya akan memberikan lebih pilihan kepada barisan panelis dan penonton bukan Islam untuk dihentam.
Justeru itu, penulis hasilkan ingatan ini khusus buat orang-orang muda supaya jangan cepat melatah. Biarpun diri penulis sendiri pun adalah seorang yang amat kuat melatah, maka di sini sama-sama kita peringati supaya jangan turut terperangkap di dalam permainan penganjur dan mereka yang berkepentingan lain selain daripada untuk mendapatkan kefahaman yang jelas di dalm isu esok hari.
Orang muda, oleh itu janganlah kita mengada-ngada menjadi hero mengangkat suara untuk menunjukkan keangkuhan mahupun kebodohan. Jika tampil pun untuk bersuara, laksanakan dengan hikmah dan kasih sayang diisi dengan penuh ilmu dan penuh taqwa. Janganlah bicara semberono bodoh, kerana ia hanya akan menampakkan sisi buruk umat Islam. Sudah terbukti jelas daripada sunnah da'wah baginda Nabi s.a.w. bagaimana da'wah baginda cukup halus penuh dengan hikmah dan kasih sayang berjaya menaut hati-hati mad'u baginda.
Biarpun, esok sekiranya benar telahan penulis bahawa penganjur menganjurkan forum tersebut semata-mata untuk populariti mereka sebagai parti politik untuk memancing undi di kalangan bukan Islam dan mereka yang berjuang dgn fahaman hak asasi manusia atheis. Maka, kita janganlah gelabah mahupun gusar, kerana cahaya hidayah Islam itu tidak dapat dipadam meskipun dibenci oleh mereka yang tidak beriman. Maka, langkahilah jejak kita di Hotel Armada esok dengan keyakinan bahawa Allah di sisi kita.
InshaAllah, seseungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat sekiranya kita sedar. .. ingat.. JANGAN MENGADA!
*di lain masa akan penulis hasilkan satu penulisan kenapa penulis melabel pejuang hak asdasi manusia (yang tertentu) berfahaman atheis

Comments