Isu-Isu yang Dibicarakan Di Dalam Kes Azlina Jailani

Berikut adalah Isu-isu yang dibicarakan di dalam Kes Azlina Jailani @ Lina Joy (dipetik daripada laporan penghakiman tempoh hari).

  1. Adakah Jabatan Pendaftaran Negara berhak, mengikut undang-undang, mengenakan syarat supaya Perayu mengemukakan sesuatu sijil atau suatu perisytiharan atau perintah daripada Mahkamah Syariah yang memperakukan bahawa beliau adalah murtad sebelum perkataan "Islam" di dalam kad pengenalan perayu dipadamkan?
  2. Adakah JPN telah dengan betulnya mentafsirkan kuasanya di bawah Kaedah-Kaedah Pendaftaran Negara 1990 (Kaedah-Kaedah 1990) khususnya Kaedah 4 dan Kaedah 14, untuk mengenakan syarat seperti yang tesebut di atas manakala iaianya tidak diperuntukkan dengan secara jelasnya di dalam kaedah-kaedah 1990 itu?
  3. Adakah kes Soon Singh a/l Bikar Singh lawan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor telah diputuskan dengan betulnya apabila ia mengguna pakai teori bidangkuasa tersirat yang dikemukakan di dalam kes Md Hakim Lee lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan tidak mengikut kes Ng Wan Chan lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Anor (No. 2) dan Lim Chan Seng lawan Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan satu kes yang lain yang mengisytiharkan bahawa sekiranya tidak ada bidang kuasa yang jelas yang diberikan kepada Mahkamah Syariah, maka Mahkamah-Mahkamah Sivil hendaklah mengekalkan bidang kuasa mereka?

Comments