Salah Faham Kes Azlina Jailani @ Lina Joy
Laporan keputusan kes Azlina Jailani (atau namanya sekarang Lina Joy) tidak kira di dalam bentuk berita, komentar mahupoun rakaman video telah menerima banyak respon-respon negatif berbaur emosi perkauman dan keagamaan. Ini dapat dilihat sendiri di dalam web-web akhbar alternatif dan NGO seperti Malaysiakini, Malaysia Today, BAR Council, Aliran dan lain-lain.
Majoriti responden isu ini terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam dan mereka yang terpengaruh dengan hak asasi manusia yang didasari fahaman Atheis. Responden-responden warga asing juga tidak ketinggalan di dalam menyuarakan pendapat. Namun, apa yang dikesalkan adalah hampir kesemua respon mereka hanya dilandaskan kepada emosi kebencian dan Islamophobia. Respon-respon mereka diisi dengan perkataan lucah yang melampau dan menyerang peribadi individu Muslim tanpa sedikit pun menyentuh asas-asas utama di dalam kes ini.
Rakaman video kenyataan rasmi PEMBELA oleh Sdr. Yusri Mohd. sejurus selepas keputusan rasmi kes tersebut seperti yang dimuatkan oleh penulis di dalam blog ini juga tidak ketinggalan untuk dijadikan sasaran.
Namun, di dalam masa yang terhad ini, penulis tidak mampu untuk memberikan hujah menyokong keputusan yang disepakati oleh Mahakamah Persekutuan di dalam kes ini tempoh hari. Penulis akan menyediakan komentar khas untuk menyanggahi hujah-hujah tidak akademik oleh golongan yang tidak langsung menghormati sensitiviti dan hak manusia lain sekalipun mereka mengaku sebagai pejuang hak asasi manusia. Mereka sebenarnya berjuang demi kepuasan hati dan kepentingan nafsu diri dan bukannya bercakap mewakili umat keseluruhan.

Comments
Only fool like you will think this way.
They read only certain types of paper, only certain types of blog and certainly only think in a certain way. We can't blame them, perhaps symphatise with them.
At the mean time, i am still awaithing his 'hujah hujah akademik'. If there is any. But i wonder what academic statement he intents to write or search for, especially when he already makes up his mind that we are wrong, without any academic reasoning....
By being so sure of something and can't give a single reason for it is hollow - tin kosong.
As maybe you can't wait for me to put forward my arguements.
Hoping that we can have a better discussion.