Dah Terhantuk Baru Nak Terngadah...

Unit baru polis, Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak diwujudkan -Utusan Malaysia, 21 September 2007

Kes kehilangan Nurin dan penemuannya semula (agak meragukan) di dalam keadaan yang cukup menyayat hati sememangnya membuatkan kita semua sebagai manusia berasa sedih dan tentu sekali marah serta geram terhadap pelakunya yang cukup kebinatangan. Nurin diperlakukan seolah bahan mainan semata-mata tanpa ada rasa kemanusiaan di dalam diri pelaku jenayah terkutuk itu.

Namun, kes kehilangan dan penemuan semula kanak-kanak khususnya perempuan bukan sekali ini sahaja berlaku. Malah banyak lagi kes-kes terdahulu dan tambahan pula kes-kes yang tidak dipaparkan di media. Penulis masih ingat bagaimana seorang pelajar perempuan sekolah rendah diculik, dirogol dan dibunuh beberapa tahun dahulu di Sabah. Masyarakat sama-sama mengutuk kejadian itu dan pelakunya berjaya ditangkap dan dihukum setimpalnya. Namun, apa natijah daripada kutukan masyarakat dan hukuman yang dijalankan itu?

Kes-kes kehilangan kanak-kanak perempuan yang dijadikan sebagai alat kepuasan seks liar seolah-seolah menjadi satu tren yang semkain populat di kalangan binatang-binatang yang bertopeng manusia yang hakikatnya hidup di anatar kita. Memang semua orang sediah dan tentu sekali marah akan terjadinya kejadian-kejadian seperti ini. Namun, apa natijah daripada kemarahan kita itu?

Pihak bertanggungjawab yang memimpin dan seharunya menjaga keselamatan negara daripada dirundung masalah sebegini seolah-olah tidak mampu atau mungkinkah mereka sebenarnya tidak ambil kisah?

Saban hari kita masyarakat melahirkan kerisauan akan keruntuhan sosial yang serba serbi rosak tetapi tindakan yang diambil jauh daripada memadai. Kes-kes sebegini kekal berlaku. Mereka juga seolah-olah mengambil pendirian tunggu dan lihat kemudian baru bertindak. Kerana itu, bagi mereka kes-kes ini menjadi kelaziman maka selepas itu baru mereka bertindak. Selepas terhantuk baru nak terngadah.

Kenapa tidak lama dahulu ketika kes-kes seumpama ini semakin menunjukkan peningkatan dibanteras awal-awal. Penulis menyambut baik penubuhan unit seperti yang dimaklumkan di atas namun, ia seolah-olah sudah terlambat untuk menyelamatkan berapa ramai mangsa sebelum ini yang sebenarnya boleh terselamat sekiranya penubuhan unit itu dibuat terlebih awal.

Setaip masyarakat sedih akan apa yang sudah menimpa Nurin, dan tulisan penulis ini pun tidak terkecuali sebagai luahan emosional daripada rasa sedih dan kecewa tersebut. Namun, kesediahan dan kekecewaan yang dilahirkan oleh masyarakat perlulah diambil kira dengan serius oleh pihak bertangguungjawab.

"YOU ARE BEING PAID TO GIVE US SECURITY"

Comments

Anonymous said…
Jangan mengharapkan sesuatu yang kita tak akan dapat daripada mereka yang tak berkemampuan...