Akhie Hasfa dan Ukhtie Mumun Sudah Punya Putera!


Waaahhhh.... gembira banget... Akhie Hasfa dan Ukhtie Mumun sudah menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka, seorang PUTERA pada hari Selasa 23 Oktober yang lepas.

Buat pengetahuan pengunjung blog sekalian, Akhie Hasfa merupakan Timbalan Yang Di-Pertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak. Seorang graduan Universitas Islam Negeri Syarief Hidayatullah (maafkan penulis sekiranya tersalah eja) di dalam bidang Syariah dan Siyasah. Ukhtie Mumun, zaujahnya merupakan anak jati Indonesia. Akhie Hasfa ialah yang berbaju biru tua di bawah payung di gambar sebelah.

Tahniah buat mereka berdua. Segala puji bagi Allah s.w.t. yang mengurniakan rezeki ini. Semoga dengan kelahiran PUTERA pertama ini akan menjadikan Akhie Hasfa dan Ukhtie Mumun lebih bersemangat mengejar cita-cita Ummah.

Walaupun sebenarnya penulis agak sedih kerana PUTERA mereka lahir hanya beberapa hari sahaja selepas penulis berangkat kembali ke Kuala Lumpur. Alangkah beruntungnya warga usrah PERKEPIS yang berada di sana kerana dapat berkongsi kegembiraan bersama-sama menyambut kelahiran PUTERA mereka...

Tambah menyedihkan lagi, penulis tidak berpeluang untuk memenuhi jemputan Akhie Hasfa ke rumah mereka pada Sabtu malam yang lepas kerana masalah teknikal yang dihadapi ketika dalam perjalanan kembali ke Kuching daripada Sebuyau.

Apa-apapun, penulis doakan kesejahteraan dan kebahagiaan dunia dan akhirta buat Akhie Hasfa dan Ukhtie Mumun sekeluarga.

Comments

Anonymous said…
Tahniah akhie hasfa...