Laporan Berita Al-Jazeera tentang Perhimpunan BERSIH!

Comments

Anonymous said…
semasa negotiation aman antara pihak polis & demonstrator tidak ditunjukkan langsung oleh Al-jazeera. Yang ditayangkan adalah semata semburan water cannon & tear gas. Ketelusan apa ini? Bullshit.
Ini semua hanyalah politik semata2 dalam memburukkan nama kerajaan malaysia.

Dan saya pasti tidak ramai yang ada di dalam perhimpunan itu yang betul2 memahami apa yg sebenarnya berlaku dalam pemerintahan di malaysia & semata hanya mengikut khabar angin & kata2 orang/kwn2. Tindakan yg tidak berdasarkan fakta kukuh. Kenapa saya kata begini? sbb saya sendiri mengikuti perhimpunan ini bertindak atas dasar ingin tahu & memerhatikan ramai yg hanya bertindak atas emosi. Dalam Islam sendiri, klu sesuatu yg memburukkan keadaan / kepada majoriti masyarakat mesti dijauhi, jadi apa situasi ini? Sesuatu yang tidak harus berlaku! Sekarang hindraf melakukan tindakan yang sama tetapi atas kerana tujuan yg berbeza. Tapi matlamat tidak menghalalkan cara! Jadi apa sekrang ? menyokong tindakan hindraf?

mana pernah di malaysia perhimpunan 'aman' yang akan berakhir dgn aman. kerana sebab itulah di halang perhimpunan sebegini diadakan! kerana situasi akhirnya hanyalah kekacauan! Perhimpunan beginilah yg akan digunakan oleh mereka yg tak bertanggungjawab utk merosakkan keamanan negara.

Klu situasi ini berterusan, sesungguhnya ekonomi negara akan terus terjejas! sudahlah ekonomi kita belum kukuh, ditambah pula tindakan2 yg menunjukkan akal yg pendek. Sejauh mana mereka yg menyertai perhimpunan2 sebegini mendalami keadaan ekonomi negara kita? sangat lah diragui! Kerana jika betul2 mendalami kesan2 buruk akibat tindakan berhimpun begini, sudah pasti tiada perhimpunan 'aman' sebegini yang akan berjalan.

Sy sedih & kecewa dgn bangsa sendiri. Banyak bercakap dari membuat. Klu betul hendak mengubah keadaan, ubahlah dengan cara yg betul. Isikan dada dgn ilmu, gunakan ilmu itu utk mendapatkan peluang yg boleh mengubah keadaan yg dirasakan tidak betul, bukan dgn cara begini yg akhirnya memberikan lebih keburukan daripada kebaikan.